CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 29606|Reply: 0

[Sarawak] Hebahkan perkara positif mengenai Sarawak

[Copy link]
Post time 21-2-2026 08:53 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (dua kiri) bersama Harden (kiri) pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 anjuran SUPP Cawangan Simanggang di Sri Aman, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Rakyat Bumi Kenyalang diseru agar terus menghebahkan perkara positif mengenai Sarawak bagi memperkukuh imej negeri, sekali gus menarik keyakinan pelabur, pelancong serta masyarakat luar terhadap potensi besar yang dimiliki negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, dalam era media sosial dan komunikasi digital, rakyat memainkan peranan penting sebagai duta negeri dalam membentuk persepsi terhadap Sarawak di mata masyarakat luar, khususnya dari Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau, perkongsian mengenai pembangunan infrastruktur, bantuan kewangan, kepelbagaian budaya serta inisiatif pendidikan percuma yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak mampu memberi impak langsung kepada rakyat.

“Sebaliknya, janganlah kita sengaja menularkan perkara negatif berkaitan negeri ini kepada orang Semenanjung sehingga menimbulkan tanggapan buruk terhadap Sarawak.

“Sayangilah negeri ini dengan hanya menyebarkan perkara yang positif.

“Apabila imej negeri ini kukuh, manfaatnya akan kembali kepada rakyat dalam bentuk pembangunan yang lebih pesat dan peluang yang lebih luas,” katanya memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata demikian ketika Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 anjuran SUPP Cawangan Simanggang di Stadium Mini Sri Aman, di Sri Aman hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sim turut menyeru rakyat agar terus berdiri teguh di belakang Kerajaan Sarawak dalam memastikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dapat direalisasikan sepenuhnya.

Jelasnya, kejayaan pelaksanaan strategi tersebut bukan sahaja meletakkan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030, malah memastikan rakyat menikmati kemudahan asas yang lebih baik, akses pendidikan inklusif termasuk pendidikan tinggi percuma, serta peluang ekonomi baharu dalam sektor berteknologi tinggi dan tenaga hijau.

“Memang akan ada pihak yang cuba menggagalkan usaha ini.

“Justeru, saya berharap rakyat memikirkan impak positif yang bakal dinikmati generasi akan datang sekiranya Sarawak mencapai status negeri maju tanpa terlibat dalam usaha yang boleh menjejaskan kestabilan dan kemajuan negeri,” tegasnya.

Hadir sama ialah isteri beliau Datin Amar Dato Enn Ong Siok Ean, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang serta tetamu lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.504434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list