CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23179|Reply: 0

[Sabah] Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 3,768 orang

[Copy link]
Post time 21-2-2026 04:37 PM | Show all posts |Read mode


BANJIR: Keadaan bencana banjir di Kampung Kabatasan Laut bahagian hujung.

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 3,768 orang setakat jam 12 tengah hari tadi berbanding 3,685 orang pada jam 8 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, daerah Pitas merekodkan peningkatan mangsa kepada 1,653 orang daripada 621 keluarga berbanding 1,515 orang daripada 593 keluarga pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di Kota Marudu menunjukkan penurunan kepada 1,923 orang daripada 778 keluarga berbanding 1,978 orang daripada 925 keluarga sebelum ini.

Di Paitan, jumlah mangsa kekal 192 orang daripada 75 keluarga yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut kenyataan itu, keseluruhan mangsa daripada 1,474 keluarga kini ditempatkan di 18 PPS yang masih beroperasi, berbanding 1,593 keluarga pada sebelah pagi.

Secara keseluruhan, banjir yang melanda tiga daerah berkenaan menjejaskan 47 kampung, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kematian dilaporkan.

Sementara itu, di Sandakan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memutuskan tiada pengisytiharan bencana dibuat di Kampung Sungai Memanjang selepas keadaan banjir menunjukkan perkembangan positif.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) merangkap Pengerusi JPBD Sandakan, Walter Kenson, berkata hasil pemantauan agensi berkaitan mendapati paras air menunjukkan trend penurunan selain keadaan cuaca cerah dan terkawal.

“Sehubungan itu, PPS tidak dibuka dan pusat transit di Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang ditutup berkuat kuasa serta-merta,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.933140 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list