CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23161|Reply: 0

[Sabah] Pengajian bahasa etnik Sabah di universiti perlu disokong

[Copy link]
Post time 21-2-2026 04:30 PM | Show all posts |Read mode


TAHNIAH: Ewon (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang-pemenang pada majlis itu.

PENAMPANG: Pengajian bahasa etnik Sabah di universiti perlu disokong melalui pemberian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kepada para pelajar yang memilih pengajian ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick berkata, sokongan itu perlu diperkenalkan sebagai galakan kepada para pelajar untuk memilih bidang pengajian berkenaan dan seterusnya menjadi tenaga pengajar subjek itu di sekolah.

Pada masa ini katanya, subjek bahasa Kadazan, Dusun sudah menjadi kurikulum pendidikan negara yang diajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sabah, manakala usaha memperkenalkan empat lagi bahasa etnik iaitu Kadazan Tangaa, Murut Timogun, Dusun Lotud dan Tatana sedang dimurnikan.

“Saya akan kemukakan kepada Ketua Menteri dan mesyuarat kabinet keperluan menyokong pengajaran bahasa etnik ini melalui pemberian BKNS kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti seperi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menawarkan pengajian ini.

“Ini boleh menjadi galakan kepada para pelajar memilih bidang ini dan seterusnya menjadi tenaga pengajar subjek ini di sekolah.

“Saya yakin dengan kerjasama pelbagai pihak ini akan dapat memastikan kelestarian bahasa ibunda etnik Sabah,” katanya.

Ewon menyatakan demikian semasa ditemui media selepas menyempurnakan sambutan Hari Bahasa Ibunda Sedunia anjuran Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) di Dewan Huguan Siou, Kg Tuavon, di sini, hari ini.

Ewon turut melancarkan Webonary Kadazan-Malay-English yang menghimpunkan 36,673 entri bahasa Kadazan dan 29,387 entti bahasa Melayu.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) turut meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 daripada peruntukan beliau sebagai Ahli Parlimen Penampang dan peruntukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KKIP bagi menyokong usaha-usaha KLF membangunkan bahasa ibunda etnik Sabah tersebut.

Beliau turut bersetuju menyalurkan RM50,000 kepada Persatuan Bahasa Etnik Sabah (PBES) bagi membangunkan lebih banyak bahan pendidikan bagi keempat-empat bahasa etnik yang dicadangkan untuk diperkenalkan di sekolah.

Turut dilaksanakan dalam sambutan tersebut ialah Anugerah Kesusasteraan Tan Sri Bernard Dompok bagi pemenang-pemenang pertandingan novel bahasa Kadazan dan Dusun anjuran KLF.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.084353 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list