CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21808|Reply: 0

[Sabah] Hanya pemohon layak dipertimbangkan untuk Rumah Mesra SMJ

[Copy link]
Post time 21-2-2026 11:27 AM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Jamawi ketika turun padang meninjau beberapa rumah daif di DUN Melalap.

TENOM: Hanya pemohon yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria akan dipertimbangkan sebagai penerima Program Rumah Mesra SMJ 2026 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, proses pemilihan dilakukan secara telus tanpa sebarang unsur pilih kasih atau campur tangan pihak tertentu.

Katanya, beliau sendiri turun padang meninjau keadaan rumah pemohon bagi memastikan bantuan diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
“Tiada proses pilih kasih, tiada ‘cable’, tiada lobi. Hanya yang benar-benar layak akan diberi keutamaan.

“Kita mahu memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang selayaknya dan dalam keadaan yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 10 rumah di beberapa kampung termasuk Kampung Baab, Naluyan, Undusan, Batu Apar, Pangalat dan Monggol telah ditinjau dan kebanyakannya berada dalam keadaan daif.

“Tinjauan akan diteruskan ke baki pemohon sebelum senarai akhir dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Fokus Group yang dipengerusikan Pegawai Daerah Tenom bagi memuktamadkan penerima tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut meninjau sistem perparitan di Kampung Baab yang sering dilanda banjir akibat culvert sedia ada tidak lagi mampu menampung aliran air ketika hujan lebat.

Katanya, pihaknya sudah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom bagi tindakan segera menaik taraf sistem perparitan demi keselamatan penduduk.

Terdahulu, Jamawi menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Islamiah, Kampung Pamilaan serta mengambil peluang bertanya khabar jemaah dan mengucapkan selamat berpuasa sempena Ramadan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.686530 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list