CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21778|Reply: 0

[Sabah] Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 3,685 orang

[Copy link]
Post time 21-2-2026 11:23 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan BERNAMA

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 3,685 orang daripada 1,593 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 406 orang daripada 124 keluarga petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) kini beroperasi di tiga daerah terjejas iaitu Kota Marudu, Pitas dan Paitan manakala 47 kampung terjejas iaitu 30 di Pitas, 12 di Kota Marudu serta lima di Paitan.

Di Kota Marudu, jumlah mangsa meningkat kepada 1,978 orang daripada 925 keluarga berbanding 290 orang daripada 90 keluarga petang semalam, dengan kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS.

Di Pitas pula, jumlah mangsa meningkat kepada 1,515 orang daripada 593 keluarga berbanding 116 orang daripada 34 keluarga semalam, dan mereka kini ditempatkan di lapan PPS.

Sementara itu di Paitan, seramai 192 orang daripada 75 keluarga berlindung di enam PPS.

Ketiga-tiga daerah dilanda banjir pada 6 pagi semalam susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah pagi manakala ribut petir berpotensi berlaku pada sebelah petang dan malam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.039477 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list