CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31471|Reply: 0

[Sarawak] Siri ceramah Sarawakiana angkat isu pemuliharaan bahasa etnik 23 Feb

[Copy link]
Post time 21-2-2026 05:39 AM | Show all posts |Read mode


Poster Siri Ceramah Sarawakiana Pustaka Miri.

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak Miri (Pustaka Miri) akan menganjurkan Siri Ceramah Sarawakiana bertajuk 'Bahasa Etnik Sarawak: Cabaran Pemuliharaan di Era Global' pada Isnin, 23 Februari ini bermula jam 2 hingga 5 petang di auditoriumnya.

Pegawai Pustaka Miri Davidsal Jimmy Berayen berkata, program ilmiah tersebut memfokuskan kepada cabaran pemuliharaan bahasa etnik di Sarawak dalam mendepani arus globalisasi yang kian pesat.

"Bahasa etnik bukan sekadar medium komunikasi, malah menjadi lambang identiti, warisan budaya serta wahana penyampaian ilmu dalam masyarakat majmuk negeri ini.

"Bagaimanapun, perubahan sosial, perkembangan teknologi dan pengaruh global dilihat mewujudkan cabaran baharu dalam usaha memastikan kelangsungan bahasa-bahasa berkenaan terus terpelihara," jelasnya.

Beliau memberitahu, ceramah akan menampilkan penceramah jemputan, Elia Bit iaitu pensyarah dari Universiti Curtin Malaysia, yang akan berkongsi pengalaman, cabaran sebenar serta langkah-langkah praktikal dalam usaha memulihara bahasa etnik Sarawak.

Sesi berkenaan turut membuka ruang interaksi dua hala menerusi sesi soal jawab dan perbincangan bersama hadirin.

Penganjuran program itu diharap dapat memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan bahasa etnik sebagai sebahagian daripada warisan intelektual dan identiti kolektif Sarawak.

“Selain itu, inisiatif ini juga selaras dengan usaha berterusan Pustaka Negeri Sarawak dalam memelihara, mendokumentasi dan mempromosikan warisan budaya negeri untuk generasi masa kini dan akan datang,” tambahnya.

Orang ramai yang berminat dijemput hadir dan boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas kod QR yang tertera pada bahan promosi rasmi program atau melayari pautan [https://forms.gle/1RrNGN6SjSEqxAgx6](https://forms.gle/1RrNGN6SjSEqxAgx6).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ahmad Samsudin, Davidsal Jimmy Berayen atau Mohd. Nizam Abd Takip di talian 085-422 525 atau layari laman sesawang serta platform media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.445780 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list