CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 31627|Reply: 0

[Sarawak] Delegasi Sarawak bincang autonomi pendidikan dan DLP dengan KPM

[Copy link]
Post time 21-2-2026 05:31 AM | Show all posts |Read mode


Delegasi merakamkan kenangan bersama selepas pertemuan itu.

KUCHING: Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dato Dr Aminuddin Hassim, semalam.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melaporkan, kunjungan delegasi Muhammad Abdullah bertujuan membincangkan perkara berbangkit daripada mesyuarat terdahulu Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) berkaitan autonomi pendidikan Sarawak dengan rujukan khusus kepada pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di negeri ini.

Perbincangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan pembangunan pendidikan di Sarawak serta menyelaras aspirasi negeri dengan kerangka pendidikan kebangsaan sedia ada.

Muhammad Abdullah turut menekankan bahawa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amat penting bagi mempersiapkan mereka menghadapi keperluan teknologi masa depan.

Kerajaan Sarawak terus komited bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan dasar pendidikan yang dilaksanakan di negeri ini memberi manfaat kepada pelajar mengukuhkan kapasiti institusi serta menyokong pembangunan sosioekonomi jangka panjang.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Datu Adana Jed, Peguam Kanan Sarawak Dr Jady@Zaidi Hassim, Ketua Bahagian Pendidikan MEITD Donald Henry dan Pegawai Undang-undang Azreen Fasya Mohamad Abu Bakar.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.207498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list