CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32134|Reply: 0

[Sabah] Ramli umum pembubaran BERSATU Bahagian Sipitang

[Copy link]
Post time 20-2-2026 10:58 PM | Show all posts |Read mode


MUKTAMAD: Ramli (tengah) bersama ahli jawatankuasa BERSATU Bahagian Sipitang dalam sidang media mengumumkan pembubaran bahagian itu.

SIPITANG: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sipitang, Ramli Ag Said mengumumkan kesemua ahli jawatankuasa bahagian, keluar daripada parti, sekali gus membubarkan BERSATU Bahagian Sipitang.

Dalam kenyataannya di sini kelmarin, beliau berkata keputusan itu dicapai sebulat suara bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian serta sayap-sayap parti.

"Saya selaku Ketua Bahagian BERSATU Sipitang dengan ini membuat kenyataan rasmi bahawa keputusan telah dicapai secara sebulat suara bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian serta sayap-sayap parti untuk keluar serta membubarkan BERSATU Bahagian Sipitang berkuat kuasa serta merta pada hari ini," katanya.

Sehubungan itu, Ramli berkata pihaknya menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

Menurutnya, keputusan meninggalkan parti dan membubarkan BERSATU Bahagian Sipitang adalah kerana telah hilang kepercayaan terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, katanya, keputusan itu dibuat sebagai bantahan terhadap keputusan pucuk pimpinan memecat beramai-ramai ahli parti berkenaan, yang nyata membelakangi keputusan Ahli Majlis Tertinggi (AMT).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:50 PM GMT+8 , Processed in 1.357732 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list