CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31244|Reply: 0

[Sabah] Wali Band kembali gegar KK, tebus kekecewaan peminat Sabah

[Copy link]
Post time 20-2-2026 10:40 PM | Show all posts |Read mode


KONSERT: Kumpulan Wali Band bakal beraksi dan temui peminat di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Selepas kekecewaan konsert yang dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu pada 2024 tidak menjadi kenyataan, kumpulan popular Indonesia, Wali Band kembali dengan azam baharu untuk menebus kehampaan peminat Sabah.

Band yang berasal dari Tangerang itu bakal menjayakan Konsert Wali Live In Kota Kinabalu di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 12 April 2026.

Kumpulan yang dianggotai Faank (vokal), Apoy (gitar), Tomi (dram) dan Ovie (papan kekunci) itu mengakui mereka turut merasai kekecewaan apabila konsert terdahulu gagal direalisasikan.

Vokalisnya, Faank berkata, apa yang berlaku ketika itu berada di luar kawalan mereka dan sehingga kini punca sebenar pembatalan konsert berkenaan tidak diketahui.

“Kami turut merasakan kekecewaan itu. Namun, apa yang berlaku ketika itu berada di luar kawalan kami dan kami sendiri tidak mengetahui punca konsert tersebut tidak dapat direalisasikan.

“Apabila menerima tawaran daripada pihak penganjur, kami melihatnya sebagai peluang terbaik untuk menebus kembali kekecewaan peminat,” katanya.

Konsert berkenaan dianjurkan oleh 25th Studio bersama Infinity Love Creative Ventures.

Menurut Faank, dia memahami mungkin ada peminat di Sabah yang berasa ragu-ragu dengan pengumuman terbaharu itu.

“Apa yang boleh kami katakan, tunggu sahaja kehadiran kami nanti. Kami tidak sabar untuk beraksi di hadapan kalian semua,” katanya.

Tiket Konsert Wali Live In Kota Kinabalu mula dijual hari ini pada harga RM688 (Cari Jodoh - VIP), RM488 (Yank - Gold), RM288 (Baik Baik Sayang) dan RM98 (Nenekku Pahlawanku).

Konsert itu turut mendapat sokongan Era FM Sabah dan Era Sarawak selaku radio rasmi, manakala Astro Gempak sebagai portal rasmi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.296562 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list