CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30701|Reply: 0

[Sabah] Tiga daerah di Sabah dilanda banjir, satu PPS dibuka

[Copy link]
Post time 20-2-2026 10:38 PM | Show all posts |Read mode


Gambar Facebook APM Kota Marudu

KOTA KINABALU: Hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan tiga daerah di Sabah dilanda banjir, dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Marudu, pagi ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, sebuah PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek 2 bagi menempatkan 213 mangsa daripada 63 keluarga.

Berdasarkan pemakluman situasi banjir dibuat Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam notis pengisytiharan bencana dikeluarkan 6 pagi tadi, dua lagi daerah dilanda banjir ialah Pitas dan Paitan.

Pemakluman tersebut dibuat berdasarkan maklumat di lapangan dan laporan diterima daripada agensi tindak balas JPBD di ketiga-tiga daerah susulan situasi banjir yang menyebabkan kawasan dikenal pasti mula terjejas akibat bencana itu.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah memaklumkan banjir kilat telah berlaku di Taman Merpati Batu 7, Sandakan, awal pagi tadi.

Balai Bomba Penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan pada 4.52 pagi sebelum anggota bertugas bergegas ke lokasi bagi melakukan pemantauan dan mendapati paras air adalah terkawal, dan tiada operasi pemindahan dijalankan.

Pasukan bomba menasihati penduduk sekitar supaya berpindah lebih awal ke kawasan selamat sekiranya paras air meningkat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.448160 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list