CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20625|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku bersalah merokok di kawasan larangan

[Copy link]
Post time 20-2-2026 09:17 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM900 atau dua bulan penjara terhadap seorang lelaki berusia 41 tahun yang merokok di kawasan larangan iaitu di kedai makan pada Ogos 2025.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Syaheeqa Nazwa Radzali sebaik didakwa mengikut Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dibaca bersama Seksyen 16(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000.

Mengikut fakta kes, Pasukan Penguatkuasaan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching melakukan Ops Rokok di sekitar kawasan Kuching dan menemui tertuduh merokok di kedai makan.

Sehubungan itu, tertuduh telah diberi notis kesalahan di bawah Seksyen 47 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan diberi peluang selama dua bulan untuk menjelaskan kompaun di mana-mana Pejabat Kesihatan.

Tertuduh bagaimanapun gagal menghadirkan diri sehingga tamat tempoh dua bulan tersebut, menyebabkan kes telah difailkan di mahkamah untuk tindakan lanjut.

Terdahulu semasa prosiding, Pegawai Pendakwa Mohd Fairos Ibrahim dari Unit Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya mematuhi kawasan larangan merokok yang telah lama diwartakan.

Selain itu katanya, ia juga bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan demi menjaga kesihatan orang awam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.339339 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list