CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18999|Reply: 0

[Sarawak] Hujan berterusan tahap buruk, waspada dijangka landa Sabah hari ini

[Copy link]
Post time 20-2-2026 09:14 AM | Show all posts |Read mode


Gambar MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hari ini, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Dalam kenyataan pagi ini, beliau berkata amaran tahap buruk dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid  dan Sandakan) dan Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan, atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.070584 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list