CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17904|Reply: 0

[Sarawak] Sektor pelancongan negara mencatatkan petanda positif

[Copy link]
Post time 20-2-2026 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Kadar ketibaan pelawat, penghunian hotel terutama di ibu negara menunjukkan prestasi memberangsangkan



Tiong merakam gambar kenangan bersama para pemimpin serta orang yang hadir pada program berkenaan.

SIBU: Sektor pelancongan negara mencatatkan petanda positif sempena sambutan Tahun Baharu Cina apabila kadar ketibaan pelawat dan penghunian hotel terutama di ibu negara yang menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perkembangan itu membuktikan keyakinan pelancong domestik dan antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pilihan terus kukuh.

Beliau berkata, pada hari pertama perayaan sahaja, Terminal 1 merekodkan kira-kira 6,500 ketibaan dalam tempoh dua jam manakala Terminal 2 mencatatkan sekitar 1,500 ketibaan.

“Secara keseluruhan jumlahnya agak memberangsangkan namun angka rasmi penuh masih menunggu laporan terperinci,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Li Hua di sini, hari ini.

Menurut beliau, situasi sama turut dapat dilihat di Semenanjung Malaysia apabila hotel empat dan lima bintang terutama di Kuala Lumpur, merekodkan kadar penghunian hampir 100 peratus sepanjang musim perayaan.

Katanya, prestasi tersebut mencerminkan momentum pemulihan dan pertumbuhan sektor pelancongan negara yang semakin kukuh sejajar dengan usaha berterusan kerajaan mempergiat promosi serta memperluas kerjasama strategik.

Mengulas langkah memperkukuh sektor itu bagi tahun ini, beliau menegaskan kepentingan kerjasama erat antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan Tourism Malaysia serta Tourism Sarawak.



Tiong bersalaman dengan orang ramai yang berkunjung ke rumah terbuka beliau yang di Pulau Li Hua, Sibu.

“Selepas Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri, kita akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak Sarawak bagi menyelaras strategi promosi yang lebih menyeluruh.

“Saya juga telah mengarahkan Tourism Malaysia supaya lebih agresif dalam usaha promosi serta bekerjasama rapat dengan semua negeri bagi memperkukuh kempen pelancongan negara,” katanya.

Beliau optimis sektor pelancongan Malaysia akan terus berkembang melalui pendekatan promosi yang lebih tersusun dan kerjasama menyeluruh antara Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh.


Tiong bersama pemimpin serta tetamu yang hadir melakukan upacara ‘yee sang’.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.713350 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list