CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 39814|Reply: 0

[Sarawak] Ribut petir, hujan lebat berpanjangan dijangka landa Sabah, Sarawak

[Copy link]
Post time 19-2-2026 01:30 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 19 hingga 23 Februari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan keadaan itu berpotensi mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih lembap sekali gus membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa lebih panjang di Sabah dan Sarawak.

“Keadaan ini turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan (LCS). Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan LCS berkuat kuasa dari 18 hingga 21 Februari 2026,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 1.997899 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list