CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26062|Reply: 2

[Tempatan] 10 unsur nadir bumi paling berharga

[Copy link]
Post time 12-2-2026 02:27 PM | Show all posts |Read mode

UNSUR nadir bumi (REE) bukan sekadar mineral biasa, tetapi asas kepada pelbagai teknologi kritikal moden termasuk tenaga hijau, kenderaan elektrik (EV), pertahanan, telekomunikasi dan perubatan. Walaupun penting, rantaian bekalannya menghadapi cabaran pemprosesan yang kompleks dan kebergantungan tinggi kepada satu negara pengeluar.

Justeru, REE dianggap bukan sahaja bernilai dari segi ekonomi, tetapi juga aset strategik dengan implikasi besar terhadap geopolitik dan keselamatan negara. Berikut adalah 10 REE paling bernilai dan kritikal dalam dunia moden.

1. Neodimium (Nd)

Ia digunakan secara meluas dalam penghasilan magnet kekal berprestasi tinggi untuk motor kenderaan elektrik, turbin angin dan pelbagai peranti elektronik.

Pengeluaran neodimium dunia banyak tertumpu di China, Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Myanmar. Ia merupakan tulang belakang industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga hijau global.

2. Disprosium (Dy)

Memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan magnet pada suhu tinggi, khususnya dalam aplikasi kenderaan elektrik, aeroangkasa dan sistem pertahanan.

Unsur ini kebanyakannya diperoleh dari China dan Myanmar, menyebabkan tahap risiko gangguan bekalan yang tinggi serta menjadikannya sukar digantikan dengan bahan alternatif.

3. Terbium (Tb)

Ia merupakan REE yang sangat jarang secara ekonomi tetapi amat penting kerana digunakan untuk meningkatkan kecekapan magnet serta sebagai bahan fosfor hijau dalam paparan LED dan LCD.

Bekalan terbium dunia sangat terhad dan ia hanya tertumpu di China dan Australia. Ia antara unsur yang paling sensitif dari sudut geopolitik.

4. Praseodimium (Pr)

Sering digunakan bersama neodimium dalam pembuatan magnet dan penghasilan aloi logam suhu tinggi bagi enjin pesawat dan industri automotif.

Negara pengeluar utama termasuk China, Australia dan AS. Permintaannya dijangka terus meningkat sejajar dengan pertumbuhan industri EV dan aeroangkasa.

5. Europium (Eu)

Ia sangat penting dalam teknologi paparan moden kerana berfungsi sebagai bahan fosfor merah dan biru dalam televisyen, skrin LED serta ciri keselamatan pada wang kertas dan dokumen rasmi.

Pengeluaran europium banyak bergantung kepada China dan Rusia dan kekangan bekalan boleh memberi kesan langsung kepada industri elektronik global.

6. Yttrium (Y)

Digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi berteknologi tinggi termasuk laser, radar, seramik tahan haba dan peralatan perubatan. Walaupun sering dikelaskan bersama unsur nadir bumi lain, yttrium mempunyai kepentingan strategik tersendiri kerana penggunaannya merangkumi sektor awam dan ketenteraan dengan pengeluaran utama di China, Australia dan India.

7. Samarium (Sm)

Terkenal dengan penggunaannya dalam magnet samarium–kobalt yang mempunyai kestabilan tinggi dalam keadaan suhu ekstrem dan persekitaran radiasi, menjadikannya sesuai untuk aplikasi satelit, peluru berpandu dan sistem aeroangkasa.

Pengeluar utama samarium ialah China dan Rusia. Kepentingannya dalam sektor pertahanan amat tinggi walaupun permintaan komersialnya lebih rendah.

8. Lutetium (Lu)

Merupakan antara REE yang paling mahal dan sukar dipisahkan. Ia digunakan dalam pengimbas PET bagi diagnosis kanser, pemangkin industri penapisan minyak dan penyelidikan teknologi maju. Pemprosesan lutetium masih didominasi oleh China meskipun sumbernya terdapat di beberapa negara seperti Australia.

9. Gadolinium (Gd)

Memainkan peranan penting dalam bidang perubatan dan tenaga nuklear khususnya sebagai agen kontras dalam imbasan MRI serta bahan penyerap neutron dalam reaktor nuklear.

Pengeluaran utamanya di China, AS dan Rusia serta dianggap kritikal dari sudut keselamatan kesihatan dan tenaga.

10. Erbium (Er)

Ia merupakan unsur utama dalam sistem gentian optik kerana keupayaannya menguatkan isyarat bagi komunikasi jarak jauh.

Tanpa erbium, infrastruktur internet dan telekomunikasi global berkelajuan tinggi tidak dapat berfungsi dengan cekap. Pengeluar utama erbium termasuk China, Australia dan AS. Ia disifatkan sebagai unsur yang senyap tetapi amat penting dalam dunia digital moden.

https://www.sinarharian.com.my/article/767253/global/10-unsur-nadir-bumi-paling-berharga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2026 04:30 PM | Show all posts
lendir paling berharga pulak acaner
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 12-2-2026 04:30 PM
lendir paling berharga pulak acaner

Apa tu?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 1.209688 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list