CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32671|Reply: 16

[Tempatan] Jarum halus yahudi cuba memusnahkan angkatan pemerintahan Anuar Ibrahim dan memusnahkan negara Malaysia

[Copy link]
Post time 11-2-2026 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-2-2026 03:03 AM



Isu saham: Azam hantar surat tuntutan kepada Bloomberg, dakwa laporan mengelirukan, berunsur fitnahKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH



PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada agensi berita antarabangsa, Bloomberg susulan laporan yang disifatkannya 'mengelirukan' dan 'berunsur fitnah' berhubung urus niaga saham lamanya dalam Velocity Capital Bhd.

Memaklumkan notis undang-undang itu akan dihantar sama ada ke pejabat Bloomberg di Malaysia atau ibu pejabatnya di Amerika Syarikat, Azam menegaskan beliau bersedia membawa perkara itu ke mahkamah.

"Esok peguam saya akan hantar (LOD) kepada Bloomberg, sama ada di Malaysia atau di Amerika Syarikat. Agensi berita itu menerbitkan laporan tanpa membuat semakan fakta secara menyeluruh, khususnya berkaitan garis masa pemilikan saham dan pengisytiharan asetnya.

"Ia satu kenyataan yang sangat mengelirukan oleh Bloomberg tanpa menyemak fakta sebenar," katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.

Beliau turut mempertikaikan dakwaan bahawa pejabatnya gagal menjawab pertanyaan Bloomberg sebelum laporan itu diterbitkan.

"Mereka ada menghantar e-mel kepada kami dan kami sudah memberi maklum balas. Apabila mereka menyatakan kami tidak menjawab, itu adalah tidak benar," katanya mendakwa laporan berkenaan mengelirukan orang ramai dengan menggambarkan seolah-olah tiada sebarang maklum balas diberikan pihaknya kepada agensi berita itu.

Menegaskan laporan diterbitkan Bloomberg itu menjejaskan reputasi peribadinya serta imej SPRM, Azam menambah: "Ia benar-benar mencemarkan reputasi saya secara peribadi dan juga organisasi saya".

Beliau menjelaskan isu berkenaan bukan bersifat jenayah, sebaliknya membabitkan tafsiran terhadap pekeliling pentadbiran berkaitan pengisytiharan aset.

"Saya akan menuntut ganti rugi dan bukannya mengambil tindakan (saman) jenayah kerana tidak mahu membebankan pihak polis dengan siasatan rentas sempadan," katanya turut memberi amaran akan memohon perintah injunksi mahkamah sekiranya dakwaan berkenaan terus diulang.

"Jika ada mana-mana pihak terus membangkitkan perkara ini, saya akan memohon injunksi daripada mahkamah," katanya.
Beliau menegaskan sudah mematuhi semua keperluan pengisytiharan aset mengikut prosedur kerajaan dan menyifatkan kontroversi itu timbul akibat spekulasi serta salah tafsir, bukannya pelanggaran peraturan.

"Saya sudah mematuhi keperluan pengisytiharan yang berkaitan, namun saya tidak perlu mendedahkan pengisytiharan itu kepada umum," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko yg  patut explain kt rakyat dari mana ko dapat duit berjuta saham2 tu.jgn nak kata adik ko lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus.morepopcornplease
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 09:02 PM | Show all posts
terkebil kebil pensokong tatkala mendengarnya

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 09:42 PM | Show all posts
abahcow lantik Azam tahun 2020

terkebil kebil pensokong tatkala mendengarnya





Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 10:00 PM | Show all posts
terkedu pensokong bila dapat tahu kontrak azam baki disambung setiap tahun oleh PMX

eeee malunyeee

2023
Khidmat memuaskan punca kontrak Azam Baki disambung - PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1101358/khidmat-memuaskan-punca-kontrak-azam-baki-disambung-pm

2024
Kontrak Azam Baki sambung setahun lagi
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1245348/kontrak-azam-baki-sambung-setahun-lagi

2025
Tan Sri Azam Baki terus teraju SPRM, kontrak disambung setahun
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/tan-sri-azam-baki-terus-teraju-sprm,-kontrak-disambung-setahun/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2026 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman lerrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 10:28 PM | Show all posts
Najib PM terbaik...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-2-2026 10:00 PM
terkedu pensokong bila dapat tahu kontrak azam baki disambung setiap tahun oleh PMX

eeee malunyeee

Tulah pelik ..kan ke abahcirit geng sakau penyamun..haha..tibeh azam balance kontrak direnew
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerkentot replied at 11-2-2026 10:28 PM
Najib PM terbaik...

Ala..kalau tibeh gambo situ bangnon..takpe pulak kan? Setakat bergambar..diplomasi..gaytuhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 12-2-2026 01:01 AM

Bloomberg ni geng Kunyit Tuwe nyah..  Dia nak sumbat onglain puleks jage rasuah.  Maybe dia dah usolkan kat Jogong.  Kan depe tengah nak bersidang..  So kalo nak Azam Belen kene pecat maybe ini la caranye.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 08:17 AM | Show all posts
inkamtek x nk check ka mana dia dpt duit beli saham
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yahoodee cemburu dengan kekayaan azam baki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2026 08:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
a man compromised is a man controlled
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kena kt diri sendiri... tetiba yahudi dipersalahkan... cuba kalo.kt org lain... terus sarung baju oren
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2026 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau LOD tak dilayan camne lak? Nak saman ke....

Standby...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.133583 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list