CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12432|Reply: 1

21,114 remaja 19 tahun ke bawah hamil anak luar nikah - Nancy Shukri

[Copy link]
Post time 11-2-2026 09:32 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Seramai 21,114 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin, hamil sepanjang tempoh 2019 hingga 2024.

Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata rekod di fasiliti kerajaan itu adalah berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, usaha membendung isu berkenaan sudah dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi pelbagai inisiatif.

"Antaranya termasuk membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI).

"Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdaya tahan (resilient).

"Di bawah pelan tindakan ini, pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah," katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung jumlah remaja hamil tanpa nikah mengikut umur, jantina dan bangsa dari 2019 hingga 2025.

Nancy berkata, PEKERTI turut melibatkan tindakan bersepadu pelbagai kementerian menerusi platform Majlis Sosial Negara, termasuk memasukkan program itu sebagai salah satu program di peringkat institusi pengajian tinggi, meluaskan pelaksanaannya di peringkat komuniti serta mempergiat aktiviti, promosi dan advokasi berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

Selain itu, beliau berkata, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan khidmat sokongan khusus kepada remaja menerusi Pusat Remaja KafeTEEN dan Program Sahabat KafeTEEN di sekolah.

"KafeTEEN merupakan inisiatif LPPKN bagi menyediakan ruang bimbingan dan pendidikan kepada remaja untuk membentuk kesejahteraan fizikal, mental dan sosial yang positif.

"Ketika ini, akses kepada perkhidmatan sokongan remaja diperluaskan melalui 18 Pusat Remaja KafeTEEN, sebuah trak KafeTEEN serta pelaksanaan program komuniti yang menawarkan perkhidmatan klinik kesihatan reproduktif dan kaunseling psikososial.

"erluasan program KafeTEEN turut dilaksanakan melalui latihan pendidik rakan sebaya (peer educators) di bawah Kelab KafeTEEN yang kini beroperasi di 143 sekolah menengah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan melancarkan Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Keluarga Negara yang baharu sebagai usaha memperkasakan institusi keluarga demi kestabilan sosial.

"Antara teras yang digariskan adalah untuk memperkasakan keupayaan perancangan keluarga menerusi usaha memperkukuhkan peranan ibu bapa dan remaja.

"Usaha membendung isu kehamilan remaja luar nikah ini wajar digembleng bersama oleh semua pihak demi masa depan generasi muda kita yang lebih sejahtera," katanya..

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 10:38 AM | Show all posts
bagus laaa ada ni: Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI)

moga yg terlibat mengurus dan advocate dasar ni betul2 dpt beri manfaat kpd dak2 teenage ni

ni semua worst nightmare utk parents oooo

tu data yg berekod, yg senyap2 tah lah



moga family kita semua cakna isu ni dan always tekankan pd anak masing2 peri pentingnya ilmu ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.897960 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list