CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32269|Reply: 5

[Tempatan] Ini yang seluruh warga malaysia mahukan: Pengerusi kuil didakwa ceroboh tanah

[Copy link]
Post time 9-2-2026 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-2-2026 03:53 AM



Pengerusi kuil didakwa ceroboh tanahParamaguru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di Sepang, hari ini, atas kesalahan menceroboh tanah milik orang lain di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada 19 Jun tahun lalu. - Foto NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin

SEPANG: Pengerusi sebuah kuil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan menceroboh tanah milik orang lain di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada 19 Jun tahun lalu.

Tertuduh, M Paramaguru, 49, yang juga pengawal keselamatan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan, Paramaguru didapati melakukan kesalahan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan tanah milik Suhaili Ahmad tanpa kebenarannya.

Kesalahan itu dilakukan jam 4.45 petang di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil pada 19 Jun tahun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Bagaimanapun peguam tertuduh, Darshela Hari Raja memohon jaminan lebih rendah memandangkan anak guamnya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan RM1,800 sebulan.

"Anak guam sudah berkahwin serta mempunyai dua anak masih kecil masing-masing berusia enam tahun dan 11 bulan, manakala isterinya berumur 41 tahun pula adalah suri rumah yang bergantung dengan pendapatan suami.

"Justeru, kami mohon jumlah wang jaminan lebih rendah dikenakan terhadap tertuduh memandangkan dia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis serta tiada rekod jenayah lampau," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin, manakala 12 Mac nanti sebagai tarikh serahan dokumen.

Terdahulu, tertuduh ditahan di rumahnya di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil jam 3.30 petang, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan pemilik tanah persendirian di Taman Topaz, di sini, memberi tempoh seminggu kepada pihak pengurusan sebuah kuil untuk mengosongkan tanah yang diduduki secara haram.

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri dilaporkan berkata, pemilik tanah berkenaan, Datuk Suhaili Ahmad mengeluarkan notis supaya semua patung dan harta milik pihak kuil dipindahkan dalam tempoh ditetapkan sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya, notis sudah diberikan kepada pihak pengurusan kuil yang membina beberapa struktur bangunan tanpa kebenaran di kawasan itu sebelum kerja-kerja pengambilan semula tanah dijadualkan pada 9 Januari 2026.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 06:38 PM | Show all posts
Go Datuk Suhaili Ahmad!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 08:26 PM | Show all posts
baca mcm Paramugara

dahlah hitam perangai pun hitam

sama dgn Negro satu dunia jahat.

Tapi keling pariah ni polis pun takut

takut kena ugut dan ancaman lain.

Di negara asal mereka- Hari ini seratus mati dalam beberapa saat seribu dilahirkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 09:20 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-2-2026 05:26 AM


Mungkin selepas nuar brahim jadi pm dia boleh jadi duta negara keranaCara dia berbicara begitu diplomatic sekali




https://youtu.be/IJNwmseUq7g

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 11:15 PM | Show all posts

AI Overview
Yes, India has a significant number of illegal or unauthorized shrines, similar to the issues faced in Malaysia, often appearing as wayside shrines, small temples, or other structures on public roads, parks, or government land.

Here are the key details regarding illegal shrines in India:
Supreme Court Ban:
Since 2009, India's Supreme Court has banned the construction of any new place of worship on public roads, pavements, or government land.

Demolition and Relocation:
Under current initiatives, hundreds of illegal temples and structures have been demolished or relocated to make way for modern infrastructure, such as the Kashi Vishwanath Corridor.

Border Security Concerns:
The Home Ministry has instructed border states to identify and remove illegal religious structures (including temples, mosques, and mazars) within 30 kilometers of international borders, citing potential security risks and unauthorized encroachment.

Widespread Presence:
Despite legal restrictions, small "wayside" shrines are common in many cities, particularly in working-class areas, reflecting deeply rooted traditional practices.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.753289 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list