CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30349|Reply: 0

[Pulau Pinang] ‘Kalau nak jadi ejen perpecahan, tidak layak dipanggil belia’

[Copy link]
Post time 9-2-2026 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Dr. Mohammed Taufiq (tiga,kanan) menyerahkan sijil penghargaan sempena Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2026 di Seberang Jaya, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN





‘Kalau nak jadi ejen perpecahan, tidak layak dipanggil belia’



  • Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
  • 8 Februari 2026, 8:16 pm








SEBERANG PERAI – Golongan belia diseru supaya menjadi ejen penyatuan rakyat dan menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan retorik sempit yang berpotensi merosakkan keharmonian negara.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, anak muda perlu menjadi belia berkualiti yang menyatukan masyarakat.

“Kalau nak jadi ejen perpecahan, dia tidak layak dipanggil sebagai golongan belia.

Nak jadi ejen batu api, ejen yang memecah-belahkan satu kaum dengan satu kaum yang lain, ejen yang cuba memporak-perandakan negara kita, itu bukan belia berkualiti dan kita tidak mahukan belia tersebut dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Program Santuni Pertubuhan Belia
Peringkat Kebangsaan 2026 dan Majlis Peluncuran Sejati Madani X Belia di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Taufiq berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 2,500 pertubuhan belia menerima geran SejaTi Madani berjumlah RM250 juta.

“Antara syarat, pertubuhan mestilah menyertai program Santuni Pertubuhan Belia menerusi 12 siri jelajah ke seluruh negara, perlu berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROY), mengemukakan dokumen lengkap dan membuat permohonan secara dalam talian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/02/08/kalau-nak-jadi-ejen-perpecahan-tidak-layak-dipanggil-belia/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.179731 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list