CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16133|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tungkus lumus lawan api lebih 9 jam

[Copy link]
Post time 9-2-2026 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Tungkus lumus lawan api lebih 9 jam

BERNAMA




GAMBAR hiasan



Nibong Tebal: Kebakaran sisa pepejal yang berlaku di tapak pelupusan sampah Pulau Burung, di sini, berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba selepas sembilan jam operasi pemadaman dijalankan bermula pada malam kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata, operasi pemadaman dijalankan bermula jam 8.21 malam tadi dan tamat sepenuhnya jam 5.51 pagi tadi.

"Kebakaran membabitkan sisa pepejal di Fasa 3 tapak pelupusan sampah itu dengan keluasan terbakar 0.93 hektar atau 0.72 peratus daripada keseluruhan kawasan yang dianggarkan 12.9 hektar.

"Kerja-kerja overhaul diteruskan bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 5.51 pagi selepas mendapati keadaan selamat serta tiada sebarang keberbahayaan lain di lokasi," katanya tadi.

Beliau berkata operasi pemadaman turut melibatkan kerja-kerja memunggar sisa pepejal menggunakan dua unit jengkaut bantuan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan sokongan 13 Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

John Sagun berkata sebanyak 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal, BBP Sungai Bakap, BBP Bayan Baru dan BBP Penanti terlibat dalam operasi itu dengan bantuan pelbagai aset termasuk jentera pemadaman, tangki air dan kenderaan sokongan.



Disiarkan pada: Februari 9, 2026 @ 10:33am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1320624/tungkus-lumus-lawan-api-lebih-9-jam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:05 AM GMT+8 , Processed in 1.550813 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list