CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24794|Reply: 31

[Tempatan] Pak Din ditemui terbaring, rumah dipenuhi najis

[Copy link]
Post time 9-2-2026 01:17 AM | Show all posts |Read mode




Pak Din ditemui terbaring, rumah dipenuhi najisSeorang warga emas lelaki yang diserang angin ahmar ditemui tinggal sendirian dan tidak terurus di Kampung Bunut Susu di Pasir Mas, hari ini. -Foto ihsan Fb Abbe Hae


KOTA BHARU: Seorang warga emas lelaki yang diserang angin ahmar ditemui tinggal sendirian dan tidak terurus di Kampung Bunut Susu di Pasir Mas, hari ini.

Kisah warga emas yang dikenali sebagai Pak Din, 61, tular di media sosial selepas menerima lawatan badan bukan kerajaan (NGO) Jejak Jalanan di bawah aktivis sosial dikenali sebagai Abbe Hae.

Abbe Hae berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan warga emas terbabit melalui panggilan penduduk setempat sebelum dia dan pasukan bergegas ke kediaman mangsa, hari ini.

"Remuk hati saya apabila sebaik sahaja sampai, melihat sekujur tubuh yang hanya terbaring selain dipenuhi dengan najis. Lebih menyayat hati, apabila saya dimaklumkan bahawa dia tinggal sendirian sejak dua tahun lalu.

"Selain itu, warga emas berkenaan banyak dibantu jiran atau penduduk kampung sama ada untuk dimandikan atau diberi makan dan minum. Saya difahamkan mangsa mempunyai anak, namun bekerja di luar Kelantan.

"Kami membawanya ke hospital untuk rawatan dan akan menempatkan dia di Rumah Orang Tua untuk penjagaan yang lebih rapi," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan Sukarelawan Negeri Kelantan di Min House Camp, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh, berkata pihaknya sudah berhubung dengan Abbe Hae berkenaan isu terbabit.

Jelas Abbe Hae, dia berterima kasih kerana mendapat kerjasama pemimpin setempat serta pihak polis yang turut sama membantu Pak Din.

Hasil semakan mendapati, warga emas itu sudah menerima Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) dari JKM sebanyak RM500 sebulan.

Bagaimana pun, siasatan akan dilakukan membabitkan pengabaian terhadap mangsa
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berkaitan kes ini kerana siasatan terperinci sedang dijalankan," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 01:23 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-2-2026 09:28 AM




https://fb.watch/F8w17eeXsV/?fs=e


'Remuk hati saya dianggap anak derhaka'Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas memeriksa keadaan Ismail Che Noh dalam lawatan bersama ADUN Apam Putera di Kampung Repek - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

PASIR MAS: "Allah saja yang tahu betapa remuk hati saya apabila dilabelkan sebagai anak derhaka."
Demikian kata Abdullah Ismail, 59, anak kepada lelaki warga emas yang didakwa diabaikan di Kampung Repek, di sini.

Malah, katanya, beliau juga kecewa apabila dilabel anak derhaka oleh seorang aktivis masyarakat dan dikecam orang ramai selepas perkara itu tular.

Abdullah berkata, bapanya, Ismail Che Noh, 79, mengalami masalah nyanyuk sejak lebih setahun lalu dan menetap di sebuah rumah kecil di sebelah rumahnya seorang diri selepas kematian isteri.

"Bapa enggan tinggal bersama kami namun saya meminta anak sulung agar menemani dan menguruskan ayah namun semakin hari sikap ayah semakin agresif sehingga bertindak menyepahkan rumah dan memecahkan barangan.

"Anak sulung kemudiannya menyewa di rumah lain namun kami yang tinggal di sebelah rumah tidak pernah mengabaikannya malah setiap hari, saya akan membelikannya nasi bungkus sebelum keluar bekerja.

"Pada waktu rehat pula saya akan pulang untuk memandikannya kerana lampin pakai buang yang dipakaikan sering ditanggalkan sekali gus memastikan makan tengah hari sudah diberikan sebelum kembali ke tempat kerja di Wakaf Bharu, Tumpat.

"Tidak timbul isu berkaitan pengabaian yang didakwa aktivis itu dan kami tidak tahu dari mana dia mendapat berita mengenai ayah sebelum datang dan terjah dengan memecahkan pintu rumah ayah yang didakwa kami mengurungnya tanpa sebab," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Repek, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, dia terpaksa mengurung bapanya kerana warga emas itu sering keluar merayau sejak menghadapi masalah nyanyuk sehingga menyebabkan mereka perlu mencari dan adakalanya dihantar orang ramai yang mengenali.

Katanya lagi, mereka sekeluarga sangat terkejut apabila kisah bapanya tular sebaik aktivis masyarakat itu datang 'membantu' warga emas itu yang didakwa seolah-olah diabaikan ahli keluarga.

"Ketika dia datang, hanya ada seorang anak perempuan di rumah dan mereka memecahkan pintu untuk membawa keluar bapa dan dalam masa sama anak dihalang untuk menjelaskan perkara malah dimarahi.

"Mereka kemudiannya membawa bapa ke Hospital Pasir Mas dan ditinggalkan di sana sebelum saya pergi untuk membawa pulang bapa malah laporan polis juga dibuat atas dakwaan kami mengabaikan bapa.

"Takkanlah saya sanggup mengabaikan bapa sendiri sedangkan orang luar tidak pernah tahu bagaimana kami menguruskannya sebaik mungkin.

"Saya akan tetap menjaga ayah sehingga akhir hayat dan dia pun dipindahkan ke rumah kami walaupun sering mengamuk ingin kembali ke rumahnya tapi kami akan memasang jeriji besi di pintu bilik bagi mengelakkannya keluar," katanya.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Zamakhshari Muhamad menziarah keluarga itu dan menyerahkan sumbangan kerusi rehat serta tilam untuk kegunaan warga emas terbabit.

Beliau berkata, perkara itu sudah dalam makluman pihaknya sejak dua minggu lalu iaitu sebelum ditularkan dan sudah membuat perbincangan bersama pemimpin setempat mengenai bantuan yang akan dibuat.

Rombongan ziarah itu turut disertai wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas yang memberitahu kelulusan sudah diperoleh untuk bantuan bulanan Ismail berjumlah RM500 sebulan.



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Influencer tu patut disaman je.. memalukan keluarga dia.jatuhkan maruah.tak siasat dulu.

Sebab tu aku kalau org gosip tak jaga mak pak dia ..aku malas nak campur.. pasal ada 2 cerita nnti..kalau nak tau aku siasat 2 belah pihak dulu

Ni ko main terjah rumah org..tak pernah jaga sedara berak bersepah ka?psl tkde pengalaman camtula main tuduh orang lain jaga xbetul.

Takkanlah anaknya Kene jaga depan bontot ayah dia 24jam kalau berak kencing ke apa..bingai punya influenza
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 07:05 AM | Show all posts
siapa yg amik duit bantuan bapak tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 08:26 AM | Show all posts
Sebab itulah zaman sekarang ni ibu bapa tak boleh berharap kepada anak mereka untuk jaga mereka. Anak ada kehidupan mereka sendiri. Patut dibuang stigma masyarakat untuk menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atau hospice. Kalau ikut realiti di kelantan, ramai anak-anak sudah merantau cari kerja di negeri lain dan tinggalkan ibu bapa yang sudah tua dan uzur di kampung.

Peringatan kepada orang muda yang ada anak pada zaman sekarang. Kena kumpul duit untuk simpanan hari tua. Duit tu dibelanja untuk jaga diri sendiri. Jangan gatal nak guna duit tu utk renovate rumah atau tanggung anak kahwin. Kamu tak boleh expect anak-anak dapat tanggung kamu kerana mereka sendiri pun struggle. Zaman sekarang bukan zaman dahulu kala anak-beranak tinggal satu kampung dan setiap hari boleh jenguk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 9-2-2026 05:29 AM
Influencer tu patut disaman je.. memalukan keluarga dia.jatuhkan maruah.tak siasat dulu.

Sebab tu a ...

Heolz nak Terpaling Hero. Jaga la org tua tu kat rumah sendiri tengok cemana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2026 09:19 AM | Show all posts
kalau betul la statement anak dia tu kenapa kurung kat tempat daif mcm tu?  bersihkanla tempat kurung tu letak tilam ke apa. mmg nampak teruk betul rumah kurung ayah dia tu. lg satu anak dia tu tak reti nk bgtau org kg keadaan ayah dia tu mcm mana utk elakkan fitnah. kalau dia bgtau org kg tu kenapa dia kurung ayah dia tu, takde la org kg tu pegi mengadu kt mamat yg selamatkan pak cik tu. Hanya doctor yg boleh sahkan pakcik ni betul2 terabai atau pon tak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:26 AM | Show all posts
bukan senang nk jaga org tua walaupun seorg,lagi2 yg terlntar sakit, sbb tu la ganjarannya sgt besar sbb besar ujiannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 09:33 AM | Show all posts
Org tua jd mcm budak balik

recycle of human being

bukan mudah nak jaga

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 9-2-2026 04:04 PM

Untuk jaga org tua 24jam oku bedridden ni silap2 anak terpaksa berhenti kerja 2-5-10 tahun, simpanan tah ke mana epf ke mana, rumah sendiri kena sewakan atau kasi lelong kereta kena tarik jatuh miskin bila downgred dari kerja bandar besar kpd kerja kampung atau kerja dari rumah atau paling senang pun suruh bini jaga org tua kasi upah, semua org mmg taknak susahkan org masa tua, sbb itu jika sakit < 2 tahun dan mati no problem kalau sakit  bedridden >5 tahun boleh mental tukang jaga, lagi2 tukang jaga percuma xde upah boleh mental xde income
Lagi satu aa makin berusia tolong kuruskan badan jgn gemuk kesian tukang angkat tukang cuci mandi pikul org obesiti, pastu kena jaga peragai jgn cerewet  mulut jangan jahat kena behave waktu tidur makan toilet ikut waktu yg sebetulnya spt org lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu je nak tau.. katanya penuh najis.. keliling mcm kotor sgt. Knp jd gitu? Mcm dh berhari2 x jenguk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 09:56 AM | Show all posts
kalau jaga betul2, takkan la letak ayah atas pasir dengan kain pelikat keras dan busuk. macam berhari2 tak mandi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 10:29 AM | Show all posts
tu sbb ada option nursing home..bersepah dh skrg.
we all hntr mil kt sana..
every week dtg jenguk
Sbb pernah jd, dia terbaring sorang2 dlm bilik, x daya nk bgn, sekejap ja tinggal, penuh najis 1 badan. all this while mil blh urus diri sendiri, now perlukan perhatian 24 jam.

nak amik maid jaga kt rumah, dia sentiasa bergaduh dgn maid. ubat x nk mkn, mkn x nak pantang etc. But bila duduk nursing home, semua terjaga. mkn minum, ubat, fisio etc..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 9-2-2026 09:19 AM
kalau betul la statement anak dia tu kenapa kurung kat tempat daif mcm tu?  bersihkanla tempat kurun ...

Anak dia sendiri rumah pun daif (agaknya... spekuan semata ... saya malas nak siasat) berdasarkan umur & tahap sosio-ekonomi . Maaf kalau salah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 9-2-2026 09:36 AM
Untuk jaga org tua 24jam oku bedridden ni silap2 anak terpaksa berhenti kerja 2-5-10 tahun, simpanan ...

Saya setuju. Kemampuan seorang tak cukup nak bersihkan najis memang 24jam . Nak tidur oun tak sempat kena ada 2 org standby utk solat, buang air, makan & all

Kalau waris ada tanggungan harus bekerja , memang itu lah sahaja yg termampu dia jaga
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 9-2-2026 09:26 AM
bukan senang nk jaga org tua walaupun seorg,lagi2 yg terlntar sakit, sbb tu la ganjarannya sgt besar ...

Kita pun akan tua. Kena ada planning
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 11:39 AM | Show all posts
ragazza replied at 9-2-2026 11:21 AM
Kita pun akan tua. Kena ada planning

sbb tu la kena jaga kesihatan,tua sakit susah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tpi tgk keadaan rumah penuh sampah kata tiap2 hari dtg. Aku tgk pakcik tu nk bangun pun tak larat
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa jaga anak masa kecik vs anak jaga bapa masa tua.Bincangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe ada 2 cerita disebalik ni
Wallahualam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.957425 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list