CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 27234|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cuaca panas, pentadbir sekolah boleh buat keputusan ikut garis panduan sedia ada

[Copy link]
Post time 8-2-2026 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Cuaca panas, pentadbir sekolah boleh buat keputusan ikut garis panduan sedia ada

Nur Izzati Mohamad[email protected]





Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Semarak Sejahtera Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Nibong Tebal. FOTO Nur Izzati Mohamad




Nibong Tebal: Pihak pentadbir sekolah mempunyai autonomi untuk membuat keputusan mengikut garis panduan ditetapkan berhubung isu pakaian murid ketika berdepan cuaca panas yang melanda terutama di utara beberapa negeri di utara ketika ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sudah ada garis panduan yang jelas untuk dirujuk oleh mana pentadbir sekolah dari semasa ke semasa dalam membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Kementerian Pendidikan ada garis panduan serta nasihat daripada MetMalaysia (Jabatan Meteorologi) dan juga Kementerian Kesihatan (KKM).

"Saya mohon semua pentadbir sekolah untuk menguruskan situasi (cuaca panas) mengikut garis panduan terbabit dari semasa ke semasa termasuk melalui panduan serta nasihat yang diberikan oleh MetMalaysia dan KKM.

"Jadi, tidak ada isu memandangkan garis panduan itu membenarkan dari segi pakaian dan aktiviti ketika cuaca panas," katanya kepada pemberita di Majlis Perasmian Program Semarak Sejahtera Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Nibong Tebal di Sungai Acheh di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Che Murad Sayang Ramjan.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, kementeriannya prihatin terhadap kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah semasa menghadapi keadaan cuaca panas atau sebarang situasi di luar jangka.

MetMalaysia sebelum ini melaporkan empat daerah di Kedah berada pada tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian mencapai paras berkenaan secara konsisten dan berpotensi memberi kesan terhadap kesihatan awam serta aktiviti harian, khususnya membabitkan golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh lama.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga, mengurangkan pendedahan kepada cuaca panas melampau serta memastikan pengambilan air yang mencukupi.

MetMalaysia turut mengingatkan orang awam untuk sentiasa merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian melalui portal rasminya bagi mendapatkan perkembangan semasa dan amaran berkaitan.



Disiarkan pada: Februari 8, 2026 @ 11:56am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1320270/cuaca-panas-pentadbir-sekolah-boleh-buat-keputusan-ikut-garis-panduan-sedia




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.548065 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list