CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22384|Reply: 0

[Sarawak] Menara AFFIN di TRX 'enjin' strategik Sarawak

[Copy link]
Post time 7-2-2026 11:14 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (dua kanan) bersama yang lain memotong reben simbolik perasmian Menara AFFIN di TRX Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Perasmian Menara AFFIN di Tun Razak Exchange (TRX) hari ini menandakan satu langkah strategik Sarawak dalam memperkukuh keupayaan institusi kewangan tempatan untuk beroperasi secara lebih pantas, bersepadu dan berdaya saing dalam persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sesebuah ibu pejabat korporat tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai alamat operasi.

Sebaliknya kata beliau, ia berperanan sebagai 'enjin' pelaksanaan strategik yang menentukan piawaian tadbir urus, kecekapan dalaman serta keupayaan institusi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan berkelajuan tinggi.

Menurutnya, landskap semasa menuntut institusi kewangan beralih daripada penambahbaikan secara berperingkat kepada lonjakan keupayaan yang lebih ketara merangkumi sistem yang dipertingkat, proses membuat keputusan yang lebih pantas serta pelaksanaan yang lebih berdisiplin.

"Maka persoalannya bukan lagi sama ada kita sedang bergerak ke hadapan atau tidak, sebaliknya sama ada kita bergerak cukup pantas dan sama ada kita sedang membina keupayaan yang membolehkan kita melangkah dengan penuh keyakinan.

"Ini kerana dalam dunia yang berkelajuan tinggi, penambahbaikan secara berperingkat tidak lagi mencukupi untuk merapatkan jurang.

"Apa yang diperlukan ialah lonjakan keupayaan sistem yang dipertingkat, pelaksanaan yang lebih mantap serta kesiapsiagaan untuk melonjak ke hadapan apabila keadaan menuntutnya," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Menara AFFIN di TRX, Kuala Lumpur hari ini.

Abang Johari berkata, Menara AFFIN di TRX juga dilihat selari dengan usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan serantau, menarik pelaburan, menghimpun bakat serta mempercepatkan pembuatan keputusan kewangan di peringkat nasional dan serantau.

Dalam konteks Sarawak, beliau menegaskan kehadiran institusi negeri dalam ekosistem kewangan utama negara adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang berasaskan tujuan, mampan dan inklusif.

"Lembaga Dana Masa Depan Kekayaan Berdaulat Sarawak telah menubuhkan pejabatnya di Kuala Lumpur di menara ini sebagai satu langkah awal dan kami menantikan lebih banyak lagi institusi Sarawak untuk bertapak di sini pada masa akan datang.

"Ini mencerminkan keyakinan terhadap kawasan ini serta keyakinan bahawa aspirasi Sarawak sememangnya berada di pentas nasional dan serantau," jelasnya lagi.

Sementara itu, Premier Sarawak turut menyambut baik pengiktirafan pasaran terhadap kemajuan AFFIN, termasuk pengekalan penarafan kredit antarabangsa A3 oleh Moody’s Ratings serta kejayaan penerbitan sulung bon dolar Amerika Syarikat bernilai AS$300 juta.

"Pencapaian ini mengangkat kedudukan AFFIN dan memberikan kesan positif kepada ekosistem yang lebih luas, termasuk perniagaan di Sarawak yang menghargai rakan kewangan yang kukuh ketika mereka berkembang dan berdaya saing.

"Selain itu, peningkatan penarafan AFFIN dalam FTSE4Good daripada tiga bintang kepada empat bintang menandakan prestasi kemampanan yang lebih kukuh serta piawaian lebih tinggi yang diharapkan daripada institusi moden'" katanya lagi.

Hadir sama, Pengerusi Affin Bank Berhad Datuk Agil Natt, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan dan Pembangunan Ekonomi) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.039170 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list