CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22666|Reply: 0

[Sarawak] PSSS 'Kamek Nengar, Kamek Nulong' pendekatan empati, prihatin komuniti

[Copy link]
Post time 7-2-2026 10:43 PM | Show all posts |Read mode


Nancy menyampaikan sumbangan kepada penerima sempena Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) 'Kamek Nengar, Kamek Nulong' di Sematan, hari ini. - Gambar Penerangan
SEMATAN: Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) 'Kamek Nengar, Kamek Nulong' menjadi pendekatan untuk mendengar dengan empati dan keprihatinan terhadap komuniti.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarkat Dato Sri Nancy Shukri berkata, program tersebut membawa perkhidmatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus kepada komuniti bagi memastikan maklumat dan bantuan disampaikan secara berkesan.

"Program ini mendapat kerjasama erat daripada Jawatankuasa Surau An-Nur, Sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), JKKK kampung serta penduduk kampung yang berganding bahu sejak dua hari lepas sehingga hari majlis.

"Semua usaha ini diharap memberi manfaat, keselesaan dan memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan penduduk serta jemaah," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sokongan Sosial Setempat (PSSS) 'Kamek Nengar, Kamek Nulong' di Kampung Trusan Jaya, Sematan hari ini.

Nancy turut menggesa agar penduduk kampung digalakkan berinteraksi dengan kaunselor berdaftar untuk menilai tahap tekanan atau stres yang dihadapi.

Katanya, ini sejajar dengan usaha menekankan bahawa kesejahteraan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal.

Pada program itu, beliau turut menyerahkan sumbangan tunai sebanyak RM10,000 kepada Surau An-Nur bagi menyokong pelbagai aktiviti dan program yang dirancang oleh surau itu.

Dalam pada itu, sebanyak lima kotak Kit Jenazah turut diserahkan sebagai persediaan asas bagi pengurusan jenazah dan memudahkan urusan fardu kifayah di kampung.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (YKN) Nordina Haron, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak Jimbau Munggat, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Mohd Ali Taib dan Pegawai Daerah Lundu Zulkarnain Ismail.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.043388 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list