CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32750|Reply: 0

[Kedah] Langkawi 38 hari tanpa hujan sejak Disember

[Copy link]
Post time 7-2-2026 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Langkawi 38 hari tanpa hujan sejak Disember

Suraya Roslan[email protected]





PULAU Langkawi. FOTO Arkib NSTP




Kuala Lumpur: Pulau Langkawi merekodkan tempoh 38 hari tanpa hujan sejak 31 Disember lalu menjadikannya kawasan paling lama mengalami cuaca kering di negara ini setakat tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, keadaan itu selari dengan pola cuaca lazim yang sering berlaku di negeri utara Semenanjung ketika tempoh penghujung Monsun Timur Laut (MTL).

"Berdasarkan rekod pencerapan MetMalaysia sebelum ini, tempoh bilangan hari tanpa hujan yang paling panjang adalah 77 hari yang direkodkan di negeri utara Semenanjung pada 1979 hingga 1980 dan 2004 hingga 2005.

"Setakat tahun ini, tempoh terpanjang yang direkodkan adalah 38 hari sejak 31 Disember 2025, iaitu berlaku di Langkawi," katanya ketika dihubungi Metro Ahad, hari ini.

Dr Mohd Hisham berkata, hujan yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kebelakangan ini dijangka berkurang mulai esok manakala tiada hujan direkodkan di negeri utara Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

"Berdasarkan rekod pencerapan suhu negara, cuaca panas lazimnya berlaku antara Februari hingga Jun setiap tahun, terutamanya di negeri utara Semenanjung membabitkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

"Walaupun tempoh tanpa hujan di Langkawi berpanjangan, tiada titik panas direkodkan setakat ini berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).

"Keadaan cuaca kering ini dijangka berterusan sehingga berakhirnya musim Monsun Timur Laut pada pertengahan atau penghujung Mac," katanya.

Menurutnya, orang ramai khususnya penduduk dan penggiat sektor pelancongan di Langkawi, dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kesan cuaca panas berpanjangan termasuk memastikan bekalan air mencukupi dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka.

Muka depan Harian Metro hari ini melaporkan fenomena cuaca panas dan kemarau yang melanda Kedah ketika ini mencetuskan kegusaran susulan ketiadaan hujan sejak hampir dua bulan lalu.

Fenomena ini diklasifikasikan MetMalaysia secara umumnya dikenali sebagai gelombang haba apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Empat daerah di Kedah seperti Baling, Kulim, Kuala Muda, dan Bandar baharu dikategorikan di bawah Tahap 1 (berjaga-jaga) kerane mencatatkan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius.



Disiarkan pada: Februari 7, 2026 @ 1:45pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1319957/langkawi-38-hari-tanpa-hujan-sejak-disember




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 08:50 AM GMT+8 , Processed in 1.875191 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list