CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23311|Reply: 0

[Sarawak] KPDN Sarawak rampas 12,410 kilogram minyak paket dengan berat kurang daripada ditetapkan

[Copy link]
Post time 7-2-2026 02:11 PM | Show all posts |Read mode


Operasi yang dijalankan KPDN ke atas dua premis baru-baru ini.- Gambar KPDN Sarawak

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak merampas sebanyak 12,410 kilogram (kg) minyak masak paket 1kg bernilai RM31,025 selepas mendapati kesemua sampel diperiksa mempunyai berat kurang daripada yang telah ditetapkan.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata pemeriksaan itu dijalankan pada 5 Februari 2026 kira-kira jam 10 pagi melibatkan dua premis pembungkus minyak masak paket 1kg di Sejingkat, di sini.

Menurutnya, seramai enam pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak terlibat dalam pemeriksaan nominal susulan aduan rasmi orang awam yang diterima melalui portal e-aduan KPDN berhubung dakwaan kandungan minyak masak paket 1kg kurang daripada berat ditetapkan.

“Sebanyak 125 sampel minyak masak paket 1kg telah ditimbang menggunakan alat timbang berketepatan tinggi jenis Pre-Package Class II bagi menentukan ketepatan berat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua 125 sampel berkenaan mempunyai berat kurang daripada 1kg dengan purata berat keseluruhan 0.9791kg.

Susulan itu, tindakan kes diambil ke atas kedua-dua premis terbabit kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Perenggan 7, Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Kuantiti Bagi Barang-Barang Tersedia Bungkus) 2023, iaitu gagal mematuhi had selisih yang dibenarkan.

Matthew berkata, tindakan tegas dan pantas diambil bagi memastikan hak pengguna dilindungi serta mengelakkan sebarang manipulasi kandungan barang kawalan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Mana-mana pemborong, pengeluar, pengilang atau pengimport yang melanggar peruntukan perintah ini boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Beliau menjelaskan, bagi individu, pesalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga lima tahun.

“Bagi syarikat pula, denda sehingga RM200,000 boleh dikenakan bagi kesalahan pertama dan sehingga RM500,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, KPDN Sarawak mengalu-alukan aduan orang ramai dan kerjasama agensi lain dalam usaha melindungi hak pengguna serta memastikan pematuhan undang-undang dipatuhi oleh pengedar dan peniaga.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan salah laku perniagaan boleh menyalurkannya melalui WhatsApp 019-8488000, e-mel [email protected], Call Centre 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.039464 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list