CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22740|Reply: 2

[Dunia] Mangsa cedera akibat gempa bumi bermagnitud 6.4 Pacitan meningkat kepada 40 orang

[Copy link]
Post time 7-2-2026 08:17 AM | Show all posts |Read mode





Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orangDi Yogyakarta, lapan rumah dilaporkan terjejas, selain fasiliti kerajaan, pendidikan, kesihatan dan keagamaan. - Foto AGENSI


JAKARTA: Jumlah mangsa yang cedera akibat gempa bumi bermagnitud 6.4 di luar pesisir Pacitan, Jawa Timur, awal pagi semalam meningkat kepada 40 orang, manakala 224 orang terjejas, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB Abdul Muhari berkata berdasarkan laporan situasi setakat 5 petang, semalam, gempa bumi itu memberi kesan kepada tiga wilayah dan lima daerah.

"Di Wilayah Jawa Timur, 29 rumah, sebuah fasiliti pendidikan dan sebuah balai desa terjejas. Di Wilayah Jawa Tengah, 18 rumah, lima fasiliti pendidikan serta masing-masing sebuah rumah ibadat, fasiliti kesihatan dan fasiliti awam dilaporkan terjejas.

"Sementara itu, di Yogyakarta, lapan rumah dilaporkan terjejas, selain fasiliti kerajaan, pendidikan, kesihatan dan keagamaan," katanya dalam kenyataan semalam.

Abdul Muhari berkata, operasi tindak balas kecemasan dan pengumpulan data lanjut masih diteruskan, sambil menjelaskan BNPB sedang menjalankan pemantauan intensif dan penyelarasan dengan Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) di wilayah dan daerah yang terjejas.

Beliau berkata, BNPB menyediakan sokongan penyelarasan, memperkukuh sistem arahan tindak balas kecemasan serta memastikan kesiapsiagaan sokongan sumber mengikut keperluan di lapangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2026 08:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Magnitudo

Tapi Tomato jadi Tomat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066689 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list