CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 27547|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak perhebat persiapan atlet dalam misi pertahan SUKMA 2026

[Copy link]
Post time 6-2-2026 03:59 PM | Show all posts |Read mode


Para petugas bagi acara karate SUKSAR IV Sarawak di Dewan Besar IPD Lubok Antu merakamkan gambar bersama Rentap. - Gambar UKAS

LUBOK ANTU: Sarawak terus memperhebatkan persiapan atletnya dalam misi mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang dijadual berlangsung di Selangor pada Ogos nanti.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu berkata persiapan atlet kini memasuki ‘gear tiga’ untuk menghadapi temasya dwitahunan itu.

"Untuk sukan yang lain, memang dari segi persiapan, dari segi latihan, memang sedang berlangsung. Kita pun banyak juga, sebelum menghadapi SUKMA, ada beberapa jenis pertandingan akan diadakan terutamanya di Kuching.

"Rasa saya (persiapan) kita sudah masuk gear tigalah," katanya memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Terdahulu, Rentap melawat venue acara karate Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 di Dewan Besar IPD Lubok Antu di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Khairul Nizam Morshidi.

Mengulas skop latihan, Rentap berkata kebanyakan atlet telah mula mengikuti latihan intensif di dalam mahupun di luar negara untuk meningkatkan lagi prestasi mereka.

Sementara itu, hari kedua temasya SUKSAR terus rancak berlangsung dengan beberapa acara sukan menawarkan pungutan pingat yang banyak.

Acara tinju yang akan melabuhkan tirainya hari ini di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman menawarkan 11 pingat emas.

Turut menawarkan pingat ialah acara berbasikal (perlumbaan lebuh raya), karate, angkat berat dan taekwondo.



Rentap melawat venue bagi acara karate SUKSAR IV 2026 di Dewan Besar IPD Lubok Antu, hari ini. - Gambar UKAS


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.045904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list