CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 27035|Reply: 0

[Sabah] SATTA gesa tindakan tegas terhadap pengendali pelancongan haram

[Copy link]
Post time 6-2-2026 03:10 PM | Show all posts |Read mode


WINSTON

KOTA KINABALU: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (SATTA) menyokong sebarang langkah yang benar-benar melindungi pengguna, namun menegaskan isu utama industri pelancongan kini berpunca daripada pengendali pelancongan tidak berlesen, bukannya ejen berlesen.

Presidennya, Datuk Seri Winston Liaw berkata, cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mewajibkan jaminan bank RM250,000 bagi ejen pelancongan keluar negara mempunyai niat baik demi keselamatan pengguna.

Bagaimanapun, beliau berpandangan langkah itu tidak menyelesaikan punca sebenar penipuan dalam industri.

“Berdasarkan pengalaman industri, kebanyakan kes penipuan tidak melibatkan agensi pelancongan berlesen, sebaliknya individu serta entiti yang beroperasi secara haram tanpa lesen, tanpa jaminan bank dan di luar rangka kawal selia MOTAC,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan setakat ini lebih tertumpu kepada pengendali berlesen yang sudah tertakluk kepada audit serta pemantauan, sekali gus menimbulkan rasa tidak adil dalam kalangan pemain industri patuh peraturan.

“Pendekatan ini seolah-olah menghukum perniagaan yang mematuhi undang-undang, manakala pengendali haram terus beroperasi tanpa tindakan tegas.

“Jika perlindungan pengguna benar-benar menjadi keutamaan, penguatkuasaan mesti diberi fokus utama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa MOTAC mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara dengan menyasarkan pengendali pelancongan tidak berlesen termasuk yang aktif mempromosi pakej melalui platform dalam talian dan media sosial.

Beliau turut mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan bagi membanteras aktiviti haram berkenaan.

Antaranya termasuk denda tinggi yang benar-benar memberi kesan pencegahan, pendakwaan mandatori di mahkamah serta senarai hitam terhadap pesalah berulang.

Beliau juga mencadangkan pindaan undang-undang bagi membolehkan tindakan segera seperti penyitaan hasil keuntungan haram serta penutupan operasi tanpa melalui proses pentadbiran yang panjang.

“Peningkatan keperluan kewangan terhadap pengendali berlesen tidak mampu menghentikan penipuan sekiranya pengendali haram terus bebas beroperasi.
“Undang-undang tanpa penguatkuasaan tidak bermakna, peraturan tanpa tindakan juga tidak memberi kesan.

“Perlindungan pengguna tidak boleh dicapai dengan membebankan pengendali patuh sambil mengabaikan mereka yang beroperasi secara haram,” katanya.

Beliau menegaskan MOTAC perlu mengalihkan fokus secara tegas kepada tindakan terhadap pengendali tidak berlesen bagi menjaga kepentingan awam serta memelihara integriti industri pelancongan negara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.172546 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list