CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15713|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar digesa jauhi gejala tidak sihat termasuk vape

[Copy link]
Post time 6-2-2026 07:55 AM | Show all posts |Read mode


Lau (tengah) serta tetamu jemputan bersama para peserta Kejohanan Merentas Desa MSS Bahagian Sibu, hari ini.

SIBU: Pelajar sekolah khususnya golongan belia digesa supaya menjauhi gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan penggunaan vape kerana ia boleh menjejaskan kesihatan fizikal serta mental, selain memberi kesan buruk kepada masa depan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahagian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Kevin Lau berkata, golongan pelajar perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan membina ketahanan mental yang kuat sejak usia muda, seiring dengan cabaran semasa yang semakin kompleks.

"Jauhkan diri daripada gejala tidak sihat seperti dadah dan vape kerana kita tidak mengetahui bahan kimia yang terkandung dalam peranti tersebut. Ketahanan mental amat penting bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga demi keluarga dan orang yang kita sayangi," katanya ketika merasmikan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Sibu 2026 yang berlangsung di SMK Bawang Assan, hari ini.


Lau (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada Kejohanan Merentas Desa MSS Bahagian Sibu, hari ini.

Lau turut menegaskan, kejohanan merentas desa bukan sekadar menguji ketahanan fizikal malah menjadi platform penting dalam membentuk disiplin, keyakinan diri, pemikiran positif serta semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Acara seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali rakan-rakan dari sekolah lain, memahami persekitaran dan budaya yang berbeza serta memupuk kerjasama dan saling menghormati.

"Nilai ini harus bermula daripada golongan muda kerana merekalah tunjang kekuatan Sarawak pada masa depan,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu, para pengetua, guru serta jawatankuasa pengelola kerana berjaya menganjurkan kejohanan berkenaan dengan baik, selain sentiasa mengutamakan aspek keselamatan peserta.

Justeru, Lau berharap kejohanan seumpama itu akan terus dianjurkan sebagai medium membina generasi muda yang sihat, berdisiplin serta bebas daripada gejala sosial demi masa depan negeri dan negara.

Sejumlah 28 sekolah menengah dari bahagian Sibu mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Jayden Tan Zhi Siang dari SMK Sacred Heart muncul johan Kategori Individu Lelaki Junior, diikuti Alvis Manggie Alexson (SMK Bukit Assek) di tempat kedua dan Damien Elvin Jamban Julian (SMK Jalan Oya) di tempat ketiga.

Bagi Kategori Individu Perempuan Junior, johan dimenangi Gracylia Enjan Jeffrey dari SMK Ulu Balingian manakala Joannie Kong Ying Hui (SMK St Elizabeth) dan Emelia Juliet Catherine (SMK Sedaya) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kategori Individu Lelaki Senior pula menyaksikan kemenangan Malvin Roland Michael dari SMK Nanga Dap, diikuti Herman Daniel dan Jecceo Folette Joseph, kedua-duanya dari SMK Sacred Heart.

Bagi Kategori Individu Perempuan Senior, Octhivia Jenna Nanggar dari SMK Nanga Dap muncul juara, diikuti Austynna Abigail Atin (SMK Nanga Dap) di tempat kedua dan Kayren Kiung Zixin (SMK St Elizabeth) di tempat ketiga.

Dalam acara berpasukan, SMK Nanga Dap mendominasi apabila muncul johan bagi Kategori Berpasukan Perempuan Junior, Perempuan Senior dan Lelaki Senior.
Sementara itu, SMK Sacred Heart menjuarai Kategori Berpasukan Lelaki Junior.

Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba, Pengetua SMK Bawang Assan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Kong Chiong Hui serta Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bawang Assan Nicholas Paing.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065957 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list