CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11684|Reply: 0

[Kedah] Suspek kes bunuh ibu mengaku berhutang dengan along - Polis

[Copy link]
Post time 4-2-2026 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Suspek kes bunuh ibu mengaku berhutang dengan along - Polis

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
04 Februari 2026 03:48pm





Polis mereman seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai membunuh ibunya. Foto Bernama.





ALOR SETAR - Siasatan awal polis mendapati suspek lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri mempunyai hutang pinjaman 'along' yang dibuatnya di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek yang berusia 29 tahun membuat pengakuan telah berdepan masalah kewangan sehingga memaksanya meminjam along.

"Hasil siasatan mendapati, suspek mengaku membuat pinjaman along sekitar Pulau Pinang, menanggung beban sewa motosikal sebanyak RM700 sebulan dan sewa bilik yang perlu dilunaskan," katanya dalam kenyataan.

Syed Basri bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain masalah hutang berkenaan.

Dalam kejadian itu, suspek yang ditahan dalam bas semasa dalam perjalanan ke Selangor, telah direman selama tujuh hari sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan.

Menurut Syed Basri, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan, mangsa, Zahrullail Basir, 52, ditemukan maut di rumahnya dekat Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini, Isnin lalu.

Allahyarhamah Zahrullail dilihat gembira sejak kebelakangan ini kerana sibuk membuat persiapan untuk pernikahan kali kedua dijadualkan minggu hadapan dengan rakan lamanya setelah beberapa tahun berstatus ibu tunggal.

https://www.sinarharian.com.my/article/766775/berita/semasa/suspek-kes-bunuh-ibu-mengaku-berhutang-dengan-along---polis



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98dd5bhatt ji
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 2626 Replies : 0
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19207 Replies : 24
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3232 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 3839 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3941 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98bhatt ji
Views : 4041 Replies : 0
bhattji
akkuio98bhattji
Views : 4551 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.077494 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list