|
View: 32225|Reply: 6
|
[Tempatan]
Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli Gagal bayar hutang perkahwinan, penceramah kontroversi dipenjara 10 hari
[Copy link]
|
|
|
Oleh: Raja Noraina Raja Rahim
GOMBAK: Penceramah bebas dan kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini atas kesalahan gagal membayar hutang perkahwinan bekas isteri keduanya berjumlah RM120,000 sejak tiga tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Hakim Syarie Mohd Faizal Habib yang menolak alasan penghutang penghakiman atau defendan, Faridul Firdaus, 40, selepas meneliti fakta, dokumen dan hujah kedua-dua pihak.
Beliau turut memerintahkan defendan membayar kos prosiding sebanyak RM3,000 kepada bekas isteri keduanya selaku plaintif, Norhasyimah Mohamed Arip, 44.
Ketika membacakan keputusan itu, Mohd Faizal berkata, alasan beban ekonomi kronik yang diberikan defendan adalah bersifat penafian semata-mata.
Katanya, berdasarkan eksibit yang dikemukakan mendapati defendan mempunyai pendapatan bulanan seperti yang ditunjukkan dalam penyata syarikat miliknya jelas membuktikan bahawa beliau mempunyai sumber dan keupayaan kewangan untuk menjelaskan pembayaran penghakiman mahkamah itu.
“Walaupun bergantung kepada sumber pendapatan ceramah dan tauliahnya sudah ditarik, penghutang kehakiman membuat pengakuan bahawa beliau masih berceramah di tempat awam selepas itu.
“Penghutang kehakiman yang menanggung tiga isteri juga gagal membuktikan perbelanjaan persekolahan 10 anaknya kerana mahkamah mendapati anaknya menjalani pembelajaran di rumah (home schooling) dan diajar sendiri oleh isteri-isterinya.
“Namun, mahkamah memuji usaha penghutang kehakiman menanggung sewa rumah kedua ibu bapanya untuk keselesaan walaupun mempunyai rumah sendiri di Taman Dato Harun. Tetapi itu sekadar ihsan, sedangkan membayar hutang adalah kewajipan kepada penghutang,” katanya.
Plaintif diwakili Peguam Syarie Musa Awang manakala defendan tidak diwakili peguam.
Penghakiman dibuat mengikut Seksyen 179 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003.
Mahkamah sebelum ini memerintahkan defendan membayar hutang berkenaan secara ansuran sebanyak RM40,000 selama tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2023, namun defendan gagal membuat bayaran itu.
Permohonan plaintif itu rentetan daripada Penghakiman Persetujuan dan Saman Penghutang Penghakiman (SPP) terhadap defendan untuk membayar hutang perkahwinan, namun defendan ingkar.
Sementara itu, Musa berkata, defendan dua kali ingkar penghakiman menyebabkan mahkamah memerintahkan hukuman penjara selama 10 hari.
Beliau berkata, bagaimanapun defendan masih perlu membayar hutang berkenaan selepas selesai menjalani hukuman itu.
Pada 16 Julai 2025, Faridul Firdaus didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eh tiga isteri ya
tolong lah isteri2nya bodoh betul
asal nama ustaz, penonggang agama, pakai songkok, kopiah
sanggup ya
kesian anak2 tak sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asmurai at 5-2-2026 09:13 AM
gekkou replied at 4-2-2026 08:44 PM
eh tiga isteri ya
tolong lah isteri2nya bodoh betul
asal nama ustaz, penonggang agama, pakai songkok ...
Betina betina penyondol pisau cukur mana peduli laki susah ke, masuk jel ke. Janji ada tempat nak dicukur. Orang laki la bodo kemain nak berbini ramai, nafsu tak boleh nak control, tak sedar diri tak tahu nak ukur baju di badan sendiri mampu ke tak mampu. Lepas tu bila tak cukup duit, orang laki macam ni dia pergi cukur pula orang lain sekeliling dia. Dapat pula bini, anak anak bini dan keluarga bini jenis pisau cukur, pemalas dan tak pandai berjimat cermat. Ingat diri tu kaya macam Warren Buffet ke. Orang kaya pandai macam Warren Buffet pun pandai berjimat cermat dan tak cari bini pisau cukur. Sekarang bukan macam dulu, tak yah beli smartphone, tak yah subscribe internet, makanan petik je keliling rumah. Sekarang ni semua benda kena beli. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni pun penunggang agama...kaya hasil duit derma...dah kena kutip |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde yg bukak thread ke psl penonggang nih 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat citer sorg lecturer pencen yg buat ehailing. Bini 3, anak 16. Pencen RM2k je sbb service x cukup… ramai yg x kesian sbb dia dulu org quantum metal. Peh tu, miang berbini sampai 3.. sudahnya dh tua bangka kena keje jugak lg sbb anak2 berceretek nak kena hantar sekolah. Miang yg x menguntungkan dlm jangka masa panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|