CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 32424|Reply: 40

[Tempatan] Sultan Selangor berkenan terima menghadap bekas banduan pertama dapat PhD

[Copy link]
Post time 4-2-2026 02:30 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Dr Malik Yatam, bekas banduan pertama yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) ketika dalam penjara dan diberi pengampunan penuh sempena Hari Keputeraan baginda pada tahun 2024.

Menurut Selangor Royal Office, pada pertemuan itu, baginda berkenan bertanyakan khabar dan perancangan masa hadapan Malik selepas keluar penjara.

"Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Malik dan baginda merasakan beliau layak diberi peluang kedua.


"Baginda sudah mempertimbangkan pengampunan sebaik melihat semua faktor yang disembah maklum semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.

"Baginda turut menasihatkan Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup," demikian kenyataan Selangor Royal Office hari ini.

Menurut Selangor Royal Office, pertemuan itu berlangsung hampir sejam dalam suasana yang hening, sedih dan pilu.

"Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya antara Tuanku Sultan Sharafuddin dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada baginda," kata kenyataan itu.

Tahanan tiada tarikh bebas

Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), hukuman yang tidak ada tarikh bebas, tidak dijatuhkan hukuman mati kerana ketika kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun, Dr Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.

Beliau menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Malik kini berusia 39 tahun berjaya memperoleh Ph.D dalam bidang pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2026 02:32 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts

Taktaulah kalau sblm ni mmg penah sultan peluk org biasa tanpa protokol

Kisah Dr Murad/Malik ni mmg sgt menginspirasikan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 03:00 PM | Show all posts
iols dengar kesah dia kat kool haritu
tapi tak puas sebab kesah nye byk dipotong potong dj
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Inspiring jugak story ex banduan ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia masuk penjara sebab ape dulo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2026 07:14 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 4-2-2026 05:36 PM
Dia masuk penjara sebab ape dulo

Tak silap dia sebabkan kematian majikan dia. Dia mengamuk sebab nak tuntut bayaran gaji. Masa tu umur dia dlam 14-15 tahun. Child labourer gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 4-2-2026 07:14 PM
Tak silap dia sebabkan kematian majikan dia. Dia mengamuk sebab nak tuntut bayaran gaji. Masa tu u ...

Iolss baca FB, dia kena tipu + kurung, ada satu malam tu grill terbuka, dia nak lari la tapi majikan dia dapat tangkap. Dah bergelut tu, dia dapat capai pisau, tikam majikan dia.
Pastu dia pergi la Airport nak balik Sabah,tapi polis dapat tangkap dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sedih + bangga kisah nya.. sultan selangor pun terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 4-2-2026 07:14 PM
Tak silap dia sebabkan kematian majikan dia. Dia mengamuk sebab nak tuntut bayaran gaji. Masa tu u ...

Ooo iols tahu kes tu tp x tahu kes tu adalah kisah heols..macehh kaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup lagi ke majikan neraka itu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 5-2-2026 07:15 AM
Hidup lagi ke majikan neraka itu

Poremer ataih habaq dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 07:52 AM | Show all posts

segak orangnya

mcm vet army pun ada gaya die



die bisnes cili ye

dgn phd yg ada tu moga die blh pegi jauh lah

bisnes sendiri2 je kan

tak perlu tertakluk kpd syarat2 yg tak benarkan banduan sbg employee

be your own boss gitu



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah dia special sebab dia ni seorang banduan yang ada PhD atau dia seorang doktor falsafah yang ex banduan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:50 AM | Show all posts
uda replied at 4-2-2026 07:14 PM
Tak silap dia sebabkan kematian majikan dia. Dia mengamuk sebab nak tuntut bayaran gaji. Masa tu u ...

ooo sblm ni dah ada news yang dia dpt master rasanya...dia dari Sabah kan? mmg kesian sgt dia umur 14thn rasanya masa tu dtg semenanjung nk cari rezeki utk tlg mak ayah...tp ditipu oleh majikan tak byr gaji...dia marah la dah keje penat2 tak dibayar..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:55 AM | Show all posts
apa maksud hukuman tiada tarikh bebas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 11:04 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-2-2026 07:57 AM
Kisah dia special sebab dia ni seorang banduan yang ada PhD atau dia seorang doktor falsafah yang ex ...

Gigih dan punyai semangat kental. Drp tak sekolah, dia belajar sendiri hingga ke phd. Juga dia banyak dapat sokongan drp pegawai penjara. Takdalah mereka biar dia begitu saja hingga 'mereput'. Mereka semua percaya yang 'he deserve a second chance'.

Cuma kenapa dia tak dimasukkan ke penjara 'juvenile'? Tak ikut pulak perbicaraan dia. Kalau lawyer yang bagus, boleh lepas 'sebagai slf defence' atau lawyer dah fight sehabis bagus. Anyway, dia memang tak sia2kan masa dia dipenjara. Memang terbaik untuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:05 AM | Show all posts
Edited by uda at 5-2-2026 11:06 AM
Decaffeinated replied at 5-2-2026 07:57 AM
Kisah dia special sebab dia ni seorang banduan yang ada PhD atau dia seorang doktor falsafah yang ex ...

Sorry double posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu dia teraniaya mcm tu sekali. Kesiannya... Ni kes tak mampu nak dptkan loyer yg hebat2 le ni. Dari kes pertahankan diri jd kes berat terus. Sib baik la dia tak putus asa masih mahu berusaha walaupun dah terkurung lama
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:49 AM | Show all posts
dulu ada benang pasal dia ni tp cari balik tak jumpa2 lak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.228946 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list