CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33276|Reply: 0

[Sarawak] Wanita rugi RM161,200 terperdaya ‘phone scam’

[Copy link]
Post time 3-2-2026 02:43 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,200 selepas menjadi mangsa ‘phone scam’ oleh sindiket yang menyamar sebagai pihak Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kejadian itu yang berlaku pada 7 Januari.

Menurutnya, mangsa telah dihubungi oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai wakil NSRC sebelum panggilan disambungkan ke satu lagi nombor yang mendakwa daripada pihak polis.

“Suspek telah memperdaya mangsa dengan mendakwa wujud kes jenayah atas nama mangsa.

“Mangsa yang terperdaya kemudian melakukan 12 transaksi pemindahan wang ke lapan akaun bank berbeza atas alasan untuk membersihkan wang miliknya dan dijanjikan wang tersebut akan dipulangkan semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas membuat semakan di balai polis berhampiran sebelum tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut.
“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM161,200,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dan segera menamatkan panggilan mencurigakan.

“Jangan mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan kepada pihak tidak dikenali, serta membuat semakan atau laporan di balai polis berhampiran,” ujarnya.

Orang ramai juga disaran menyemak nombor akaun dan nombor telefon mencurigakan melalui portal rasmi Semak Mule PDRM serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui talian Hotline NSRC 997 atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064780 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list