CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32615|Reply: 0

[Sabah] U Mobile raikan pelancaran ULTRA5G di Sabah dengan Festival ULTRA5G, Cara U di Kota Kinabalu

[Copy link]
Post time 3-2-2026 02:37 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Bagi meraikan pelancaran rasmi rangkaian ULTRA5G U Mobile di Sabah, U Mobile bakal membawa Festival ULTRA5G, Cara U Sabah ke Kota Kinabalu yang akan berlangsung di Jetty DBKK dari 6 hingga 8 Februari, bermula jam 10 pagi hingga lewat malam.

Menjanjikan sambutan bertenaga tinggi yang menggabungkan teknologi, hiburan dan makanan, festival ini dijangka mengubah kawasan pesisir bandar raya menjadi sebuah hab aktiviti yang meriah, sekali gus menandakan era baharu sambungan internet ultra pantas di Sabah.

Festival ULTRA5G akan menampilkan persembahan muzik, aktiviti penuh adrenalin serta zon makanan yang mencerminkan kepelbagaian rasa dan semangat kreatif Sabah.

Menjadi tunjang utama festival ialah konsert besar-besaran selama tiga hari yang menghimpunkan barisan artis tempatan dan antarabangsa terkenal.

Antara artis yang bakal membuat persembahan adalah Kaleb J, Stevan Passaribu, Noh Salleh, K-Clique, Bella Astillah, Stacy, Akim Ahmad, Dolla, Amir Masdi, Kaka Azraf, Aisha Retno, Sharul Kamal, Adira, Noryn Aziz, Elica Paujin, Jimmy Palikat, Syamel, Rey Guntabid, Gretchene Quirina, Isobahtos dan ramai lagi.

Dengan persembahan yang berlangsung sepanjang hari hingga ke malam, pengunjung boleh menjangkakan suasana konsert tanpa henti yang menjadikan Jetty DBKK sebagai destinasi hiburan langsung utama di Sabah.

Pengunjung boleh menguji keberanian menerusi Ultra Jump, iaitu lompatan dari ketinggian enam meter, atau meluncur penuh debaran di Ultra Slide.

Bagi mereka yang lebih gemar aktiviti santai tetapi tetap menyeronokkan, festival ini turut menawarkan pelbagai tarikan interaktif termasuk bas karaoke untuk sesi nyanyian bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pengunjung juga berpeluang menikmati perkhidmatan potongan rambut berasaskan AI serta sesi solekan percuma, memberikan pengalaman unik untuk meneroka bagaimana teknologi membentuk semula gaya hidup dan kreativiti.

Sebagai tambahan, U Mobile turut memperkenalkan Low Altitude Economy 5G Showcase, yang mempamerkan bagaimana ULTRA5G membuka peluang digital baharu menerusi aplikasi dron seperti pemeriksaan infrastruktur, penghantaran pintar dan situasi tindak balas kecemasan.

Dengan aktiviti yang berlangsung sepanjang hari, festival ini direka untuk memastikan setiap pengunjung terhibur, sama ada peminat muzik, penggemar teknologi atau keluarga yang mencari aktiviti santai.

Pengunjung turut berpeluang membawa pulang hadiah menarik! Antara hadiah yang ditawarkan termasuk peranti premium seperti televisyen Samsung 65 inci, iPhone 17 Pro, Samsung S25 serta pelbagai ganjaran menarik lain.

Festival ULTRA5G akan menampilkan lebih 50 gerai makanan jalanan dan kraf, sekali gus menjadikan lokasi acara sebagai syurga pencinta makanan. Daripada street food viral, hidangan tempatan dan antarabangsa, pencuci mulut manis hingga minuman menyegarkan, zon makanan ini dipilih khas bagi memenuhi setiap selera.

Penganjuran festival ini mencerminkan komitmen U Mobile untuk menghubungkan komuniti bukan sahaja melalui teknologi, tetapi juga menerusi pengalaman bersama.

Dengan menggabungkan inovasi digital ultra pantas bersama muzik, gaya hidup dan budaya tempatan, festival ini memperlihatkan bagaimana keterhubungan mampu memacu kreativiti, hiburan dan hubungan sesama manusia.

Paling menarik, kemasukan adalah percuma untuk semua. Dibuka kepada orang ramai dari pagi hingga lewat malam selama tiga hari penuh aksi, Festival ULTRA5G menjemput semua untuk menjadi sebahagian daripada sambutan meriah ini.

Bagi memudahkan kunjungan, U Mobile menyediakan bas ulang-alik percuma dari Imago Mall dan Centre Point Sabah ke Jetty DBKK, beroperasi setiap hari dari jam 3 petang hingga 11 malam. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati diskaun RM5 untuk Grab pergi dan balik ke lokasi acara dengan menggunakan kod promo ULTRA5GFEST.

Orang ramai dijemput hadir ke Festival U Mobile ULTRA5G, Cara U Sabah di Jetty DBKK, Kota Kinabalu dari 6 hingga 8 Februari bagi menikmati sambutan selama tiga hari yang menampilkan persembahan langsung, aktiviti interaktif serta pelbagai pilihan makanan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list