CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31829|Reply: 0

[Sarawak] PGA rekod rampasan RM35.31 juta di Sarawak

[Copy link]
Post time 3-2-2026 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Merekodkan 23 kejayaan operasi di seluruh Sarawak sepanjang tempoh 15 hingga 31 Januari 2026, kata Lim



Antara produk sejuk beku yang dirampas Briged Sarawak PGA dalam operasi yang dilancarkan dari 15 hingga 31 Januari 2026. - Gambar Briged Sarawak PGA

KUCHING: Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan 23 kejayaan operasi di seluruh Sarawak sepanjang tempoh 15 hingga 31 Januari 2026 dengan nilai rampasan keseluruhan RM35.31 juta.

Komander Briged Sarawak PGA SAC Lim Bak Phai berkata, kejayaan itu dilakar menerusi pelaksanaan lima operasi iaitu Ops Taring Alpha, Bravo, Charlie, Chiller, Batas/Awas dan Libas.

"Sepanjang tempoh tersebut, PGA Sarawak berjaya merampas produk sejuk beku tanpa permit bernilai RM25.01 juta, selain rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM5.79 juta.

"Operasi yang dijalankan turut melibatkan rampasan barang kawalan dan keperluan asas bernilai RM1.17 juta termasuk bawang putih, gula, tong gas LPG dan beras," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Lim berkata PGA juga menumpaskan aktiviti pembalakan haram dengan rampasan kayu balak bernilai RM425,000 serta merampas mercun dan bunga api tanpa permit sah bernilai RM2.21 juta.

Kenderaan dan peralatan yang digunakan bagi kegiatan itu turut disita untuk siasatan lanjut, tambahnya.



LIM

"Secara keseluruhan bagi pengoperasian Ops Taring Briged Sarawak PGA sepanjang 1 hingga 31 Januari, 55 kes telah direkodkan dengan jumlah tangkapan 57 orang melibatkan warga tempatan dan warga asing serta nilai rampasan keseluruhan mencecah RM45.8 juta," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuat kuasa dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penyeludupan, penyimpanan atau penjualan barangan tanpa permit sah.

Menurutnya lagi, semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan untuk tindakan lanjut di bawah undang-undang.

"Briged Sarawak PGA akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terperlihara," tegasnya.



Tong gas LPG antara barangan kawalan yang dirampas Briged Sarawak PGA dalam operasi yang dilancarkan dari 15 hingga 31 Januari 2026. - Gambar Briged Sarawak PGA


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.606078 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list