CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28314|Reply: 0

[Sarawak] STU sambut baik pengambilan 20,000 guru baharu, gesa SPP tekankan kualiti

[Copy link]
Post time 3-2-2026 10:55 AM | Show all posts |Read mode


Kullin menggesa pengambilan guru baharu mengutamakan kualiti daripada kuantiti.

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyambut baik inisiatif pengambilan 20,000 guru baharu bagi tahun 2026.

Presiden STU Kullin Djayang bagaimanapun menekankan agar Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) khasnya tidak mengabaikan kelayakan asas dalam pengambilan guru baharu bagi menjaga kualiti guru tersebut.

"Sebagai sebuah kesatuan guru, kami sentiasa menasihati semua pihak yang membuat pengambilan khasnya SPP untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan calon guru baharu agar guru tersebut mempunyai kelayakan dan lantikan tidak dipertikaikan kelak," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Tegasnya, calon guru baharu itu seharusnya mempunyai tahap akademik yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebelum mendapat ijazah mereka.

"Kita menekankan tentang ini kerana kita tidak mahu ada pelajar cemerlang yang memohon sebagai guru tercicir dan calon kurang cemerlang pula mendapat tempat.

"Dan paling utama ialah calon guru baharu untuk pengambilan 2026 wajib melalui ujian saringan psikometrik, ujian kecergasan dan temu duga khas sebelum diberi surat tawaran latihan perguruan mereka," kata Kullin lagi.

"Ini bagi memastikan calon guru itu sihat dari segi mental, fizikal dan emosi bagi mengelak banyak perkara negative berlaku di sekolah yang berkaitan guru selepas ini," katanya sambil menambah, menolak pengaruh kabel bagi menjaga kualiti pengambilan guru baharu.

Kullin juga mahu pemilihan guru baharu itu berdasarkan opsyen yang diperlukan sekolah terutama di luar bandar bagi mengelak lambakan guru sesebuah subjek namun berlaku kekurangan pada subjek lain.

Sambil mengharapkan ketelusan pada pengambilan guru baharu itu, beliau berharap pemilihan turut menekankan calon guru diambil mengikut wilayah, negeri atau daerah bagi mengelak budaya penolakan penempatan selepas tamat latihan.

"Kita berharap kerajaan khasnya JPP dan Kementerian Pendidikan Malaysia peka keadaan sekolah pedalaman di Sarawak yang bukan sahaja berhadapan kekurangan guru berkelayakan malah keadaan fizikal sekolah yang usang dan perlu pembaikan segera," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 07:50 AM GMT+8 , Processed in 1.426789 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list