CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15134|Reply: 0

[Sabah] Pengambilan guru baharu mampu tampung keperluan pendidikan

[Copy link]
Post time 3-2-2026 08:27 AM | Show all posts |Read mode


THAM

KOTA KINABALU: Pengambilan seramai 20,000 orang guru baharu bagi memenuhi keperluan pendidikan negara sangat dialu-alukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook berkata, Pengambilan berskala besar itu penting bagi memastikan kelangsungan sistem pendidikan negara, khususnya dalam menghadapi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035.

Namun katanya, pengumuman itu tidak boleh dilihat sekadar sebagai angka semata-mata.

"Dalam konteks Sabah yang telah lama berdepan kekurangan guru serta kadar pertukaran keluar yang tinggi, keutamaan wajar diberikan kepada pengambilan graduan tempatan Sabah untuk berkhidmat di negeri sendiri.

"Selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sabah bukan sekadar sebuah negeri penerima dasar, tetapi merupakan rakan pengasas Persekutuan Malaysia," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Justeru katanya, sebarang dasar nasional yang memberi kesan langsung terhadap sistem pendidikan di Sabah mestilah dirangka dan dilaksanakan dengan penglibatan bermakna Wilayah Sabah, termasuk dalam proses pengambilan dan pemilihan guru.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melantik pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) serta Kementerian Pendidikan, Sains dan Inovasi Sabah sebagai ahli tetap Panel Pemilihan Pengambilan Guru di peringkat KPM.

"Hakikat yang perlu diakui ialah, selama ini jarang sekali ada pegawai kanan dari Wilayah Sabah dilibatkan dalam Jawatankuasa Pemilihan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) mahupun pengambilan guru.

"Keadaan ini jelas tidak selari dengan semangat MA63, dan mencerminkan pendekatan berpusat yang sudah tidak relevan dengan realiti semasa," katanya.

Tham berkata, sekiranya KPM benar-benar komited terhadap pelaksanaan MA63 secara menyeluruh dan bukan bersifat simbolik, maka pembetulan struktur dalam proses membuat keputusan ini tidak boleh lagi ditangguhkan.

Katanya, keterlibatan Sabah dalam panel pemilihan bukan satu keistimewaan, tetapi hak wilayah yang perlu dihormati.

"Saya berharap KPM mengambil pendirian yang jelas dan berani untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ini demi keadilan wilayah, keberkesanan dasar pendidikan, serta masa depan anak-anak Sabah.

"Saya juga yakin Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang terkenal dengan keberanian dan kelantangan suara pasti akan membawa perkara ini kepada KPM," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 1.789533 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list