CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17355|Reply: 0

[Perlis] Institusi pendidikan Islam digalak berdaftar bagi mudahkan penyaluran bantuan

[Copy link]
Post time 2-2-2026 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Institusi pendidikan Islam digalak berdaftar bagi mudahkan penyaluran bantuan

Aizat Sharif[email protected]





DR Zulkifli (kiri) menyerahkan sijil peruntukan khas kerajaan persekutuan kepada Pengetua MATRI, Nasitah Ibrahim semasa mengadakan lawatan kerja ke Institusi Pendidikan Islam (IPI) Negeri Perlis di Beseri, Padang Besar. FOTO Aizat Sharif




Padang Besar: Kerajaan menyarankan agar semua institusi pendidikan Islam dapat berdaftar dengan pihak berkuasa agama Islam di negeri masing-masing.

Ia sebagai langkah supaya pemantauan serta penyaluran bantuan pendidikan termasuk baik pulih prasarana sekolah dapat diberikan dengan efektif tanpa ada sebarang isu yang terlepas pandang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya sangat menggalakkan agar semua institusi pendidikan Islam dapat mengambil langkah berkenaan terutama dalam usaha kerajaan memperkukuhkan institusi itu.

"Kita mohon kepada semua institusi dan sebenarnya, kita nak galakkan semua berdaftar agar kita dapat memantau serta membantu apa sahaja yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

"Jadi apabila berdaftar adalah mudah untuk kita untuk membantu serta memperkukuhkan lagi institusi ini.

"Ini yang kerajaan cuba lakukan supaya kita dapat memperkukuhkan lagi institusi pendidikan Islam di seluruh negara," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Institusi Pendidikan Islam (IPI) Negeri Perlis di Ma'ahad Attarbiyah al Islamiyah (MATRI) Beseri, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Brigedier Jeneral Datuk Mohd Ajib Ismail, Exco Hal Ehwal Agama Negeri Perlis, Izizam Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Hal Ehwal Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazmim Mohd Noor, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin serta Pengetua MATRI, Nasitah Ibrahim.

Zulkifli berkata, dalam perkembangan lain kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf membabitkan 1,600 sekolah agama di seluruh negara.

"Bagi tahun ini, kerajaan menambah peruntukan sebanyak RM50 juta menjadikan keseluruhan RM200 juta untuk meneruskan lagi usaha berkenaan," katanya.

Zulkifli berkata, dalam masa yang sama juga, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM157,800 bagi kerja penyelenggaraan dan naik taraf Madrasah Tarbiyah Islamiah di MATRI ini pada tahun lalu dalam usaha meningkatkan kemudahan serta keselesaan warga sekolah berkenaan.

"Lawatan ini bukan sahaja bertujuan meninjau hasil kerja naik taraf yang dilaksanakan, malah sebagai usaha menziarahi serta mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan pihak pengurusan sekolah agama.

"Hasil peruntukan itu, pelbagai penambahbaikan dapat dilaksanakan termasuk pemasangan sistem pendawaian baharu serta naik taraf beberapa bilik darjah yang memberi manfaat kepada pihak sekolah," katanya.



Disiarkan pada: Februari 2, 2026 @ 2:14pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318173/institusi-pendidikan-islam-digalak-berdaftar-bagi-mudahkan-penyaluran




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98dd5bhatt ji
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98ddbhatt ji
Views : 2626 Replies : 0
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19207 Replies : 24
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3232 Replies : 0
travel
z.y.n.xze.in1.0travel
Views : 3839 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98dbhatt ji
Views : 3941 Replies : 0
bhatt ji
akkuio98bhatt ji
Views : 4041 Replies : 0
bhattji
akkuio98bhattji
Views : 4551 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.267587 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list