Edited by ann9089 at 2-2-2026 06:19 PM
LUMUT - Sebuah kapal pukat tunda yang dikemudikan nakhoda warga Myanmar telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atas kesalahan menceroboh dan mencuri ikan di perairan Perak. Kejadian berlaku pada jam 3 petang semalam kira-kira 75 batu nautika dari pelabuhan Lumut.APMM mendapati kapal tersebut sedang melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram tanpa mempunyai lesen yang sah. Kesemua 12 anak kapal warga Myanmar telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985. "Siasatan awal mendapati mereka telah beberapa kali melakukan aktiviti yang sama. Kami akan terus meningkatkan rondaan untuk melindungi sumber marin negara," kata Pegawai Komander APMM.
|