CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38273|Reply: 10

[Tempatan] Rakyat Malaysia antara paling ramai beli rumah di UK

[Copy link]
Post time 31-1-2026 01:32 AM | Show all posts |Read mode





Rakyat Malaysia antara paling ramai beli rumah di UKGAMBAR fail sejumlah rumah di timur London. - Foto AFP

LONDON –  Rakyat Singapura dan Malaysia merupakan antara 10 kumpulan terbesar pemilik hartanah antarabangsa di England dan Wales, lapor portal berita VnExpress semalam.

Rakyat Singapura berada di kedudukan kedua, merangkumi 16,096 unit kediaman atau 7.9 peratus daripada keseluruhan 202,568 hartanah milik asing di United Kingdom (UK).

Perkara itu dilaporkan portal hartanah EdgeProp Singapore, berdasarkan analisis pasaran terkini oleh Enness Global iaitu firma broker gadai janji yang memberi perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.

Warga Singapura juga merupakan kumpulan kedua terbesar pemilik hartanah luar negara di London, bandar yang mempunyai jumlah hartanah milik asing tertinggi, iaitu 68,729 unit atau 33.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Rakyat Malaysia pula berada di kedudukan keenam di England dan Wales dengan 9,936 kediaman, bersamaan 4.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Mereka menduduki tempat teratas di wilayah East Midlands dan England timur. Singapura dan Malaysia merupakan satu-satunya dua negara Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 10 teratas.

Pembeli dari Hong Kong merupakan kumpulan terbesar pemilik hartanah luar negara di England dan Wales, membentuk 13.8 peratus daripada hartanah milik asing. – AGENSI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 01:34 AM | Show all posts
Wow…. termasuk saya lah ini!
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 11:21 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 31-1-2026 01:34 AM
Wow…. termasuk saya lah ini!

katalah kerja penjawat awam, sejauh mana gaji boleh beli rumah disana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Termasukla rumah kuinn kita
Hanis haizi kannn


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi almarhum king ibrahim of johore takde buat istana kat uk. Dia duk hotel sampai mati. Ada banglo pun dia baginkat gf dia cabaret dancer yang mati kena serpihan bom.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2026 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 31-1-2026 05:16 PM
Termasukla rumah kuinn kita
Hanis haizi kannn


Agent ice ice baby takde gi tangkap kakpamkah?


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ke?

Sana kereta parking tepi jalan camtu je ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 05:51 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 3-2-2026 04:21 PM
Best ke?

Sana kereta parking tepi jalan camtu je ke

Rumah teres yg tiada driveway mmg park tepi jalan saja..tapi x boleh double park atau letak kon/motor buruk/botol air..kena saman jawabnya

Ada juga rumah teres yg ada small driveway


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 06:01 PM | Show all posts
contoh...




contoh......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 08:40 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-2-2026 04:45 AM
plywood replied at 30-1-2026 07:21 PM
katalah kerja penjawat awam, sejauh mana gaji boleh beli rumah disana?

Semejak beberapa tahun ini saya tidak pernah ambil tau dah bro malah tengok News pun tidak lagi kerana saya tidak membayar tv licence yang berharga £174.50 setahun,membazir £ tengok muka Starmer dan berita propaganda . Tapi Banyak tahun dahulu penjual roti canai di England pun boleh membeli rumah dengan mudah dan Rumah yang saya diami sekarang ini dibeli pada tahun 2013 dan ini bukanlah rumah pertama yang saya pernah beli di sini.

Cuba search tv licence uk di YouTube
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.047363 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list