CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kuching City bermain lebih baik dari Penang - Aidil

[Copy link]
Post time 20-1-2026 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Kuching City bermain lebih baik dari Penang - Aidil

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 19, 2026 @ 1:21pm





Pemain Kuching City FC, Scot Galang Woods (dua, kanan) melakukan percubaan pada perlawanan Piala Malaysia menentang pasukan Penang FC di Stadium Bandaraya. Bernama



GEORGETOWN: Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak pasrah melihat deretan peluang keemasan pasukannya dipersiakan sehingga dihukum kekalahan tipis 0-1 kepada Penang FC pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, semalam.

Jurulatih dari Singapura itu berkata, kehilangan fokus terutama pada separuh masa pertama selepas berdepan situasi bola mati turut menjadi punca keputusan tidak diingini itu biarpun pasukan pelawat lebih mendominasi perlawanan.

"Saya rasa kami kena terima hakikat, itulah bola sepak.

Kalau anda tidak menjaringkan gol, anda tidak akan menang perlawanan. Ia semudah itu.

"Saya rasa mereka tidak mencipta banyak peluang berbanding kami, malah kami bermain lebih baik daripada mereka.

Tapi 90 minit sudah tamat tahniah buat Penang," katanya.

Situasi turut diburukkan dengan kecederaan pemain tengah Danial Amier yang terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-16, sekali gus memaksa Aidil melakukan rombakan formasi drastik dengan memasukkan lebih ramai penyerang seperti, Joao Pedro dan Gabriel Nistelrooy.

"Perkara itu membuatkan kami sedikit hilang bentuk permainan kerana Danial sedang beraksi baik dan segar sebab dia tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim tetapi malang sekali buku lalinya terseliuh," katanya.

Bagaimanapun, Aidil menegaskan perjuangan The Cats belum berakhir dan pasukannya sedia memberi tentangan lebih hebat apabila melayan kunjungan Harimau Kumbang di Stadium Negeri Sarawak bagi aksi timbal balik, Sabtu ini.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/01/1498544/kuching-city-bermain-lebih-baik-dari-penang-aidil





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.186083 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list