CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 47|Reply: 0

[Johor] Disangka pulang ke rumah, warga emas rupanya hilang sejak 7 bulan lalu

[Copy link]
Post time 20-1-2026 07:47 AM | Show all posts |Read mode

Muhamad Lim dilaporkan hilang sejak Jun tahun lalu. Gambar Ihsan PDRM

Muar: Polis sedang mengesan lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak tujuh bulan lalu selepas keluar dari pusat jagaan orang tua tanpa pengetahuan pihak pengurusan.




Muhamad Lim Abdullah, 61, dilaporkan keluar dari pusat jagaan orang tua di Jalan Arab di sini, pada jam 11.30 pagi, 12 Jun tahun lalu tanpa mendaftar pergerakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah, berkata pada mulanya pihak pusat jagaan menjangkakan lelaki itu sudah pulang ke rumahnya di Melaka.

Muhammad Aidil berkata, pihak pengurusan cuba mengemaskini berkenaan lelaki itu namun ahli keluarga memberitahu dia tidak pernah pulang ke rumah sejak dimaklumkan pengurusan.

"Semakan dengan keluarga lelaki itu mendapati mereka juga gagal menghubunginya. Siasatan mendapati lelaki itu keluar tanpa merekodkan maklumat pergerakannya.

"Ciri-ciri fizikal lelaki itu ialah berkulit cerah, kepala botak namun pakaian dipakai tidak dapat dipastikan. Lelaki itu juga tiada kenderaan dan hanya berjalan," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Muhammad Aidil minta orang ramai mempunyai maklumat boleh ke balai polis terdekat atau menghubungi Asisten Superintendan Suhaimi Ahmad di talian 013-3975290.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058878 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list