CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45|Reply: 0

[Johor] Tiada makmal mini proses dadah di kawasan FELDA - Polis Johor

[Copy link]
Post time 20-1-2026 07:43 AM | Show all posts |Read mode

AB Rahaman (dua, kiri) meluangkan masa dengan melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Generasi Sihat Komuniti Hebat Desaku Mendunia di Felda Simpang Waha hari ini. FOTO Bernama.

Kota Tinggi: Polis Johor mengesahkan tiada kewujudan makmal mini (mini lab) pemprosesan dadah berskala besar di kawasan Felda atau luar bandar di negeri itu, sekali gus menolak tanggapan kawasan-kawasan berkenaan menjadi tapak operasi makmal dadah terancang.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata dalam konteks PDRM, tafsiran mini lab merujuk kepada makmal pemprosesan dadah yang tersusun dan beroperasi secara terancang serta berskala besar, bukan sekadar aktiviti pembungkusan kecil-kecilan di rumah persendirian.

Beliau berkata terdapat kes penagih yang mengambil kesempatan untuk memproses dadah dalam peket kecil dan menjualnya dalam kuantiti kecil untuk kegunaan sendiri serta menampung keperluan ketagihan mereka.

"Ada dalam kalangan mereka-mereka ini di kawasan Felda yang mengambil kesempatan ini adalah daripada golongan penagih sendiri dan menjualnya dalam kuantiti kecil untuk menampung balik keperluan dadah mereka sendiri.

"Itu kita tidak bolehlah kata itu sebagai satu mini lab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual di Bernama Mobile Studio mengenai topik 'Jerat Halusinasi: Antara Penjara dan Jalan Pemulihan' di Felda Bukit Waha sempena Program FELDA: Desaku Mendunia 'Generasi Sihat Komuniti Hebat' anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan MCPF.I

Beliau berkata kebanyakan penagih di kawasan luar bandar seperti Felda dikesan menggunakan dadah konvensional seperti ganja atau heroin manakala penggunaan dadah sintetik seperti syabu dan methamphetamine pula banyak tertumpu di kawasan bandar termasuk pusat hiburan.

"Di Felda, ada juga mereka (penagih) menggunakan dadah sintetik seperti methamphetamine dan syabu, tetapi ia masih terkawal dan kurang penggunaannya," katanya.

Ab Rahaman bagaimanapun mengakui kewujudan makmal mini di kawasan bandar, yang memproses dadah dalam skala besar membabitkan sindiket terancang yang menggunakan rumah dan apartmen sewaan sebagai lokasi memproses serta mengedar bahan terlarang itu.

"Sindiket itu bukan sahaja menyasarkan pasaran domestik, malah pasaran antarabangsa termasuk negara jiran selain turut dikesan memproses dadah di makmal, sama ada dalam skala kecil atau besar, katanya.

Ab Rahaman berkata pihaknya serius membanteras kegiatan itu dengan menumpaskan ratusan sindiket dadah tahun lepas, apabila Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor merekodkan rampasan dadah mencecah RM176.33 juta.

Rampasan itu meliputi 544.31 kilogram (kg) syabu, 147.78 kg heroin, 169.39 kg ganja dan 1,464.72 kg serbuk ekstasi.

Sehubungan dengan itu, Polis Johor memberi amaran kepada sindiket dan penjual dadah di negeri supaya menghentikan segera aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah, sambil menegaskan agensi itu tidak akan berkompromi sama sekali dalam isu itu.

Beliau berkata pihaknya akan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara menyeluruh tahun ini dengan meningkatkan tahap risikan dan operasi di seluruh negeri bagi memastikan kegiatan itu tidak terus berkembang.

Temu bual berkenaan turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pencegahan Jenayah dan Pemulihan Berkaitan Dadah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Datuk Kamarudin Md Ali sempena program Program FELDA: Desaku Mendunia 'Generasi Sihat Komuniti Hebat' anjuran bersama AADK dan MCPF.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.111222 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list