CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7755|Reply: 174

TERKINI: Nadia Kesuma sudah tinggalkan lapangan terbang Jeddah

[Copy link]
Post time 17-1-2026 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-1-2026 02:58 AM

TERKINI: Nadia Kesuma sudah tinggalkan lapangan terbang Jeddah



KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan pelakon, Nadia Kesuma yang dilapor hilang di Arab Saudi sebelum ini, dikesan sudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Arab Saudi, selepas pencarian dilakukan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di negara terbabit.
Sehubungan itu, katanya, laporan polis akan menyusul.

"Beliau (Nadia) pergi ke Arab Saudi dengan syarikat pengendali umrah dan rekod menunjukkan Nadia telah keluar dari lapangan terbang Jeddah di Arab Saudi.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, ditemui ketika menyantuni petugas di Bilik Media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - NSTP/ AHMAD UKASYAH

"Laporan polis akan dibuat selepas 20 jam proses pencarian dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard prosedur (SOP)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni pengamal media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Pelakon itu dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Khamis lalu.

Terdahulu, suami pelakon terbabit merayu kerajaan menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya.

Prof Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, berkata keadaan ketika ini memerlukan tindakan segera diambil dan bantuan kerajaan diperlukan bagi membantu usaha menjejak keberadaan Nadia Kesuma yang masih misteri.

Jelasnya, ahli keluarga isterinya telah membuat laporan kepada Wisma Putra dan Konsulat Malaysia di Jeddah dan kedua-dua agensi itu banyak membantu memberi bimbingan apa yang perlu dilakukan.

Nadia Kesuma dikatakan suka mengembara dan sentiasa memaklumkan pergerakan kepada keluarga apabila tiba di sesebuah negara.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 06:57 PM | Show all posts
Akhirnya .. ada juga benang ni ...
@YgBenar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 06:58 PM | Show all posts





[KRONOLOGI] Kes kehilangan Nadia Kesuma

17 Januari 2026 02:30pm




KEHILANGAN pelakon Nadiah Kasumawati Abdul Karim atau lebih dikenali Nadia Kesuma menjadi tanda tanya ramai.
Bintang filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.
Ikuti kronologi kes kehilangan Nadia Kesuma;

14 Januari 2026
- Pelakon, Nadia Kasumawati Abdul Karim, 50, menyertai kumpulan umrah dan ziarah anjuran sebuah agensi pelancongan bersama 21 peserta lain, bermula 14 hingga 28 Januari ini.

-Nadia Kesuma sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam, namun tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan.

15 Januari 2026
- Nadia Kesuma gagal dihubungi oleh ahli keluarga setelah berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Jeddah Arab Saudi lebih kurang 12.30 pagi.

- Pelakon berkenaan langsung tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej selepas dilaporkan tidak menaiki penerbangan seterusnya dari Jeddah.

-Suami terima panggilan daripada agensi pelancongan yang memaklumkan Nadia Kesuma tidak menaiki penerbangan.
-Terima mesej daripada agensi pelancongan dan mutawwif, memaklumkan Nadia Kesuma tidak berada dalam penerbangan.
-Tiada sebarang balasan mesej ketika dihubungi.

-Anak Nadia Kesuma menggunakan aplikasi penjejak yang menunjukkan telefonnya masih berada di kawasan lapangan terbang berkenaan, namun baterinya semakin lemah.

16 Januari 2026
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dibuat ahli keluarga Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah, Arab Saudi. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA lebih kurang jam 12:26 tengah hari.

-Agensi pelancongan, Nuh Travel & Tours Sdn Bhd (Nuh Travel) dalam kenyataan memaklumkan, kehilangan Nadia Kesuma disedari apabila beliau tidak menaiki penerbangan sambungan dari Jeddah ke London semasa transit bagi pakej Umrah Ziarah London–Paris yang disertainya.

Pihak Nuh Travel segera melaksanakan tindakan kecemasan dengan menggerakkan usaha pencarian secara menyeluruh.

Pasukan petugas Nuh Travel hadir sendiri ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, selain bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang, pihak Muasasah dan Konsulat Malaysia di Jeddah bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menjejaki keberadaan Nadia.

Pihak Nuh Travel akan membuat laporan polis di Jeddah bagi membolehkan tindakan pencarian dan siasatan dijalankan melalui saluran perundangan tempatan.

-Nuh Travel akan terus berhubung dan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan termasuk dari aspek keselamatan dan operasi di lapangan terbang bagi memastikan proses pengesanan dapat dijalankan secara lebih teratur serta berkesan.

17 Januari 2026
-Suami kepada pelakon Nadia Kesuma, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, merayu kerajaan Malaysia segera menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya.

-Ahli keluarga Nadia Kesuma telah membuat laporan kepada Wisma Putra dan Konsulat Malaysia di Jeddah.

-Buat masa ini, suami Nadia Kesuma dinasihatkan agar kekal berada di Malaysia dan tidak terbang ke Jeddah bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap siasatan, selain faktor kekangan bahasa kerana beliau tidak fasih berbahasa Arab.

-Kehilangan Nadia Kesuma telah dilaporkan kepada polis Arab Saudi. Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman berkata, laporan mengenai kehilangan pelakon itu telah dibuat dan pihaknya menunggu hasil siasatan polis Arab Saudi.


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 07:05 PM | Show all posts
Edited by telracs at 17-1-2026 07:08 PM
FOTHER-MUCKER replied at 17-1-2026 06:58 PM
[KRONOLOGI] Kes kehilangan Nadia Kesuma​
​17 Januari 2026 02:30pm

Last mesej kepada suaminya yang kata dia tulis 'i met stranger' tu tak betul kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 07:10 PM | Show all posts
telracs replied at 17-1-2026 03:05 AM
Last mesej kepada suaminya yang kata dia tulis 'i met stranger' tu tak betul kan?

Yes saya ada baca itu di Facebook
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 07:14 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-1-2026 03:19 AM
telracs replied at 17-1-2026 03:05 AM
Last mesej kepada suaminya yang kata dia tulis 'i met stranger' tu tak betul kan?

Stranger yang dia maksudkan itu adalah jemaah haji.







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2026 07:26 PM | Show all posts
Beg tangan ditemui...
Tapi tak de bagi tahu apa isi dalam beg...
✓ Passport masih adakah?
✓ Wallet yang biasanya ada IC, kad bank dan wang tunai masih adakah dalam beg?
✓ Handfon?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu nama dia.. selama ni banyak tengok drama dia berlakon je.. semoga ditemui dengan selamat la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 07:54 PM | Show all posts
little_sis replied at 17-1-2026 07:44 PM
Baru tahu nama dia.. selama ni banyak tengok drama dia berlakon je.. semoga ditemui dengan selamat l ...

Saya pulak, lagi sadis, baru tahu dia ujud selepas berita kehilangannya...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts


Harap bila dh jumpa nanti kita semua pun tau juga apa yg dh jadi
Jangan nanti, maaf pihak keluarga perlukan privasi kerana masih terkejut blablaaa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 17-1-2026 07:54 PM
Saya pulak, lagi sadis, baru tahu dia ujud selepas berita kehilangannya...

Awal juga eh dia kawin, tp tgk anak mcm sekolah lagi. Ke ada yg dh dewasa atau maybe muka awet muda anak2 dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 07:56 PM | Show all posts
little_sis replied at 17-1-2026 07:44 PM
Baru tahu nama dia.. selama ni banyak tengok drama dia berlakon je.. semoga ditemui dengan selamat l ...

Baru juga google apa cerita yang beliau pernah berlakon...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 08:02 PM | Show all posts
Suchi replied at 17-1-2026 07:56 PM
Awal juga eh dia kawin, tp tgk anak mcm sekolah lagi. Ke ada yg dh dewasa atau maybe muka awet mud ...

Kalau tengok gambar, anak yang perempuan dan seorang anak lelaki macam dah awal remaja, ada seorang anak lelaki mungkin masih sekolah rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 17-1-2026 07:54 PM
Saya pulak, lagi sadis, baru tahu dia ujud selepas berita kehilangannya...

Dia banyak berlakon drama dari muda.. tapi macam banyak jadi pelakon pembantu je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong explain meolls pelik kenapa dia pilih nak travel masa minggu pertama anak sekolah. My brain is not braining
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dia kawen umo 15?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 17-1-2026 08:09 PM
Dia banyak berlakon drama dari muda.. tapi macam banyak jadi pelakon pembantu je..

Konsisten ya dia jd pelakon pembantu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak kenal, mula² baca berita ingatkan pelakon Indonesia kahwin rakyat Malaysia.

Semoga ditemukan selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
maksud dh keluar dr airport jeddah tu, dh naik flight lain or keluar dr airport tu je, tak faham kite.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 17-1-2026 08:31 PM
dia kawen umo 15?

Macam salah tulis tahun kot tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.145040 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list