CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 82|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 10 sekolah berasrama di Negeri Sembilan dipasang CCTV, kukuh aspek keselamatan

[Copy link]
Post time 16-1-2026 10:18 PM | Show all posts |Read mode


Port Dickson: Sepuluh sekolah berasrama di Negeri Sembilan masing-masing dilengkapi lapan unit kamera litar tertutup (CCTV) membabitkan kos keseluruhan RM150,000 bertujuan memperkukuh aspek keselamatan pelajar, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata pemasangan bagi fasa pertama menerusi peruntukan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) itu siap dilaksanakan penghujung tahun lepas manakala pemasangan fasa kedua membabitkan tiga sekolah asrama harian di Seremban, Kuala Pilah dan Rembau bermula bulan depan.

Aminuddin berkata pemasangan CCTV bagi sekolah lain pula akan dilaksanakan secara berperingkat pada masa akan datang mengikut keperluan dan keutamaan.

"Inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan murid dan guru sekali gus mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap aspek keselamatan anak-anak di sekolah. Faktor keselamatan merupakan keutamaan dan janji kita kepada ibu bapa.

"Jika ada berlaku sesuatu, tindakan tetap akan diambil dan pendekatan keselamatan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan di sini hari ini.

Beliau turut berkata setiap insiden yang berlaku terutama dalam kawasan sekolah tidak dipandang ringan sebaliknya sentiasa diberi penambahbaikan bagi memastikan institusi pendidikan berada dalam keadaan terbaik.

Aminuddin berkata penambahbaikan itu termasuk menempatkan wakil polis di sekolah terpilih, selain pemantauan rapi di peringkat kementerian, jabatan pendidikan, pentadbiran sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

"Saya yakin warga pendidik kita mampu memberikan perlindungan terbaik kepada anak murid. Insya-Allah, sama-sama kita berdoa agar keselamatan mereka sentiasa terpelihara, ibu bapa tidak perlu bimbang lagi," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.429897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list