CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Amaran Rossi buat dua pelumba VR46

[Copy link]
Post time 16-1-2026 12:23 PM | Show all posts |Read mode
MORBIDELLI perlu segera menunjukkan prestasi sebenarnya seperti pernah dilakukannya satu masa dahulu. - AFP





Amaran Rossi buat dua pelumba VR46



  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 16 Januari 2026, 11:30 am




ROM – Legenda MotoGP, Valentino Rossi menuntut pasukan miliknya, Pertamina Enduro VR46 Racing Team supaya segera bangkit memburu keputusan positif menjelang saingan musim 2026.

Biarpun menggunakan jentera Ducati yang mendominasi grid perlumbaan musim lalu, VR46 menutup tirai 2025 dengan rekod mengecewakan apabila muncul satu-satunya pasukan Ducati gagal memenangi sebarang perlumbaan Grand Prix (GP).

Prestasi mereka jauh ditinggalkan pasukan satelit lain seperti Gresini Racing yang cemerlang dalam kempen musim lalu.

“Kami sangat bertuah kerana sepanjang MotoGP, kami sentiasa berlumba menggunakan jentera Ducati

. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia adalah motosikal terbaik di grid.

“Fakta ini sepatutnya memberi peluang cerah untuk menang.

Malangnya, ia tidak berlaku tahun lalu.

Jadi, kami perlu tingkatkan tahap dan perbaiki prestasi kerana musim lalu terlalu banyak turun naik (prestasi ),” kata Rossi.

Musim 2026 kritikal buat dua pelumba VR46, Franco Morbidelli dan Fabio Di Giannantonio yang perlu membuktikan mereka layak kekal di grid MotoGP.

Musim lalu, Di Giannantonio disokong jentera spesifikasi kilang GP25 sekadar meraih tiga podium dan mengumpul 262 mata, jauh ketinggalan berbanding juara dunia, Marc Marquez.

Biarpun Morbidelli meraih beberapa podium awal, musimnya dicemari dengan insiden di litar sehingga menerima amaran keras daripada Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) yang mengancam menggantungnya jika terus melakukan kesalahan.

“Menjadi pasukan sokongan kilang daripada Ducati adalah sangat penting.

Ia akan datang dengan banyak tekanan, tetapi jika tiada, anda tidak boleh menghasilkan apa-apa.

Ini akan menjadi tahun sangat penting buat kami,” jelas Pengurus VR46, Pablo Nieto. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2026/01/16/amaran-rossi-buat-dua-pelumba-vr46/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039014 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list