CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 96|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Terbuka India: Juara dunia rebah di pusingan pertama

[Copy link]
Post time 14-1-2026 04:33 PM | Show all posts |Read mode
LANGKAH Tang Jie-Ee Wei pada Terbuka India tersekat di pusingan pertama selepas tewas kepada Cheng Xing-Zhang Chi. - SHIDDIEQIIN ZON





Terbuka India: Juara dunia rebah di pusingan pertama



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 14 Januari 2026, 1:44 pm




KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa meninggalkan Kejohanan Badminton Terbuka India lebih awal apabila tersingkir di pusingan pertama selepas tewas kepada Cheng Xing-Zhang Chi dari China.

Pada perlawanan yang berlangsung di Indira Gandhi Arena, New Delhi sebentar tadi, gandingan juara dunia itu terpaksa akur pulang awal apabila tewas straight set 16-21, 19-21 dalam tempoh 40 minit.

Turun sebagai pilihan keempat kejohanan, Tang Jie-Ee Wei pada awalnya menampilkan aksi cukup baik di set pertama apabila mendahului 6-3, namun kembali dikejar pasangan lawan yang kemudiannya memenangi aksi tersebut.

Bersambung set kedua, Tang Jie-Ee Wei tersentak seketika apabila beregu China itu mendahului 8-2 sebelum mereka kembali memperkemaskan permainan dan memintas kedudukan lawan untuk berada di depan 11-10.

Kemudiannya, perlawanan bertambah rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan bertukar servis, namun tuah nyata memihak Cheng Xing-Zhang Chi untuk menang dan mara ke pusingan kedua.

Menerusi kekalahan itu, Tang Jie-Ee Wei gagal untuk memperbaiki pencapaian di Terbuka Malaysia minggu lalu apabila mereka tersingkir pada pusingan suku akhir selepas tewas kepada beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Keputusan itu pastinya bukan permulaan baik buat gandingan No.3 dunia berkenaan memandangkan mereka memulakan kempen 2026 dengan status sebagai juara dunia selain memiliki rekod cukup baik musim lalu.

Selepas ini, anak-anak buah Nova Widianto itu memiliki masa beberapa hari untuk melakukan persiapan terbaik menjelang kejohanan Indonesia Masters yang akan berlangsung di Jakarta bermula 20 hingga 25 Januari nanti. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/14/terbuka-india-juara-dunia-rebah-di-pusingan-pertama/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.566797 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list