CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 89|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sakit lutut tak halang Nur Alyssa raih emas

[Copy link]
Post time 11-1-2026 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Sakit lutut tak halang Nur Alyssa raih emas

Januari 11, 2026 @ 4:32pm




Atlet basikal trek negara Nur Alyssa Mohd Farid (kanan) bersaing dalam acara Keirin Elit Wanita pada perlumbaan Siri Trek ASEAN Piala Presiden 2 di Velodrom Nasional Nilai, hari ini. - Foto BERNAMA



NILAI: Kesakitan di lutut kiri tidak menghalang pelumba berbasikal trek negara, Nur Alyssa Farid meraih pingat emas acara keirin elit pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden) 2 di Velodrom Nasional, di sini hari ini.

Nur Alyssa, 20, menewaskan rakan senegara Yong Ann Tung, manakala pelumba Hong Kong Tung Phoebe melengkapkan podium dengan pingat gangsa.

Pelumba kelahiran Johor itu berkata beliau mengharungi final yang mencabar susulan tekanan daripada pelumba Hong Kong, sekali gus menyebabkan perlumbaan berlangsung dalam tempo tinggi.

"Final tadi memang agak penat sebab saya keluar awal lepas motosikal derny membuka perlumbaan, pelumba Hong Kong pula memecut dari belakang, jadi saya banyak guna tenaga untuk mengekalkan kelajuan.

"Saya memang (kayuh) maksimum hampir dua pusingan setengah, jadi agak mencabar.

Sebenarnya lutut kiri saya sakit sebab semasa melakukan latihan semalam, lutut saya terhentak sebab pengayuh tercabut, jadi memang ada rasa sakit," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan di sini hari ini.

Beliau turut mempertahankan pingat emas acara sama yang diraihnya pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden) 1 yang berlangsung pada Khamis, selain meraih pingat perak dan gangsa acara pecut pada kejohanan yang sama.

Nur Alyssa berkata meskipun berdepan kesukaran, beliau tetap berusaha melakukan kayuhan sebaik mungkin dan kemenangan tersebut didedikasikan kepada jurulatihnya, Herman Terryn.

Menurut pelumba itu, susulan kecederaan yang dialaminya, beliau dijadual menjalani pemeriksaan di Institut Sukan Negara (ISN) pada Selasa ini.

Atlet yang sedang meningkat naik itu turut meletakkan sasaran untuk mengumpul lebih banyak mata dalam kejohanan kelas satu bagi melayakkan diri ke Kejohanan Dunia tahun ini.

Sementara itu, acara keirin elit lelaki menyaksikan pelumba trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memenangi pingat gangsa, manakala Dika Alif Dhentaka dari Indonesia di tempat kedua dan juara menjadi milik To Cheuk Hei dari Hong Kong. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/01/1495357/sakit-lutut-tak-halang-nur-alyssa-raih-emas





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039252 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list