CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 1

Ceri premium RM675 sebiji

[Copy link]
Post time 7-1-2026 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Ceri premium "Sato Nishiki" dari wilayah Yamagata di timur laut Jepun, mencatatkan harga rekod pada lelongan pertama tahun ini pada Isnin, termasuk 1.8 juta yen (kira-kira RM46,700) bagi sekotak di pasaran Tokyo, lapor Kyodo News.

Harga itu menyamai lebih 26,000 yen (kira-kira RM675) bagi setiap ceri di dalam kotak berkenaan.


Satu lelongan di Bandar Tendo di Yamagata, wilayah pengeluar ceri utama Jepun turut menyaksikan sekotak ceri yang mengandungi 68 biji terjual pada harga rekod 1.55 juta yen (kira-kira RM40,400).

Ceri biasanya mencapai musim puncak pada awal musim panas, namun penanam mempercepatkan tempoh tuai menggunakan kaedah penanaman "ultra-paksaan".

Teknik berkenaan membabitkan menyejukkan pokok untuk mensimulasikan musim sejuk sebelum dipindahkan ke rumah hijau bagi tumbesaran.

Timbalan Pengurus Jualan JA Tendo Foods, Kenichi Mannen berkata, pengurusan tanaman agak sukar pada tahun ini akibat cuaca yang tidak menentu.

"Bagaimanapun, kami berusaha keras untuk memastikan produk yang dihantar dapat menggembirakan pelanggan," katanya.

JA Tendo Foods yang memenangi bidaan tertinggi di Tendo merancang untuk menjual buah ceri premium berkenaan secara dalam talian.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.048744 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list